in

“Tak faham la ibu” – [VIDEO] Anak ‘Buang’ Kucing Keluar Sebab Nak Duduk Dalam Sangkar, Geng Ibu Boleh Relate

Ft Cat E1632463537487

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak-anak kecil sememangnya tidak pernah terlepas dengan keletah mereka yang sangat mencuit hati. Tapi kadang-kadang keletah yang tak disangka mereka itu mampu membuat ibu bapa luruh jantung apabila melihatnya.


Sama dengan kisah kalini, dalam perkongsian @aimdarman, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan duduk di dalam sangkar kucing.

@aindarman

Mengucap panjang dibu meninaaa? Menina nak jadi cat pulakk? #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fypシ #fypdongggggggg #fypage #esekeli #fypmalaysia??

♬ original sound – Ain Darman – Ain Darman

 

Pada awalnya, Ain Darman atau Ain mencari anak perempuan yang tak tahu pergi mana. Tapi alangkah terkejutnya apabila dia melihat kanak-kanak tersebut duduk di dalam sangkar kucing di luar rumah.

“Sampai mengucap ibu dia”

Dengan muka selamba dan tidak bersalah, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Medina atau Nina itu mengeluarkan beberapa ekor anak kucing miliknya daripada sangkar untuk duduk di dalam itu.

Dalam masa yang sama, kedengaran ibu kepada Nina sedang membebel menyuruh dia keluar dengan segera kerana kasihan melihat anak-anak kucing tersebut. Nina yang tidak menghiraukan ibunya dengan selamba keluarkan kucing satu-persatu tanpa rasa bersalah.

“Teruskan legasi Fattah Anas”

Video pendek yang dimuat naik oleh ibunya telah mendapat hampir setengah juta tontonan di Tiktok sehingga kini. Perkongsian itu telah membuatkan ramai netizen terhibur dan teringat semula satu video yang pernah viral dulu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Fattah Anas.

Beberapa komen yang ditinggalkan netizen buat min tertarik untuk berkongsi:

Komen Kucen

Untuk pengetahuan korang, anak kecil itu baru sahaja berusia satu tahun lapan bulan, tapi tengoklah dah pandai buat perangai.

Kalau kau jadi anak min, dah lama min babap kau dik.

Baca: “Malang berbau namanya”-[VIDEO]  Piping Tersumbat Tukang Paip Pasrah Mandi Sisa Kumbahan

Fi Mandi Taik E1632455578546

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.