in

“Malang berbau namanya” – [VIDEO] Piping Tersumbat, Tukang Paip Pasrah ‘Mandi’ Sisa Kumbahan

Fi Mandi Taik E1632455578546

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zaman sekarang ni, istilah untuk memilih kerja ni dah tak relevan sebab kita tetap perlu bekerja untuk meneruskan hidup lebih-lebih lagi dalam musim pandemik kini.


Namun dah pasti, setiap pekerjaan tu ada risikonya tersendiri dan seperti apa yang dilalui oleh lelaki ini apabila terpaksa berdepan ‘risiko’ yang tak diingini.

 

Piping tersumbat

Terbaru sebuah video mengenai ‘risiko’ sebuah pekerjaan oleh beberapa orang pemuda ini menjadi viral apabila hasrat untuk membaik paip tersumbat bertukar mimpi ngeri.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh @mryoechannell menunjukkan seorang tukang paip ini ingin selenggara paip tersumbat yang terdapat di atas siling sebuah pusat beli belah di Terengganu.

Mandi Taik 2 Mandi Taik 1

 

Nak turun.. ‘Isi’ terkeluar

Disebabkan tak ada akses untuk naik ke bahagian atas tersebut, lelaki tersebut terpaksa menaiki personal lift yang dihidupkan dari bawah bagi memeriksa punca piping tersebut itu.

Betullah langit tak selalunya cerah

Nyata nasib tak menyebelahi pemuda tersebut apabila sewaktu dia mula turun dari kawasan tinggi berkenaan, dia ‘dihujani’ ketulan sisa kumbahan hasil dari paip tersumbat berkenaan.

Disebabkan lift tersebut yang bergerak perlahan, dia hanya berdiri pasrah dan tak mampu untuk berbuat apa-apa ketika itu.

Ketika sampai di bawah, mereka semua ketawa dan tukang paip tersebut juga saja menyakat dengan mendekati salah seorang rakannya.

Perkongsian yang dimuat naik kurang dari tempoh 24 jam sewaktu artikel ini ditulis, telah meraih lebih dari 205k views di TikTok.

@mryoechannell

pepatah kata malang xberbau…tapi kenyataan malang sangat berbauuu gaiss… ??? #CapCut #mryoechannell #maintenance #technicalteam

♬ original sound – mryoechannell – mryoechannell

 

“Murung member sebulan”

Di ruangan komen, nyata perkara yang terjadi itu membuatkan rata-rata netizen terhibur bila melihat. Ada yang bergurau mengatakan bahawa lelaki tersebut mesti akan murung bila teringat kisah ‘tragis’ menimpanya itu.

Selain itu juga, ada yang seakan memahami perasaan pemuda tersebut ketika itu yang tak mampu berbuat apa-apa sebab memikirkan keselamatan dirinya lebih utama.

Reak Mandi Taik 5 Edit Reak Mandi Taik 2 Edit Reak Mandi Taik 3 Edit Reak Mandi Taik 4 Edit

Agak-agak berapa lamalah brader tu teringat benda ni eh. Kalau min seminggu belum tentu hilang murung dia.

 

Baca : “Bab* mana tinggalkan taik ni?!” – Customer Complain Ada Bau Busuk, Rupanya Ada Orang Berak Dalam Fitting Room

Foot Mandi Taik

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.