in

“Tak faham bahasa” – [VIDEO] Gadis Geram Diganggu Lelaki Gatal Walaupun Dah Mengaku Tunangan Orang

Kena Ganggu Lelaki Gatal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak kira pada waktu siang atau malam, kebiasaannya golongan wanita terutama sekali gadis berusia muda kerap menjadi sasaran gangguan lelaki gatal. Pantang sahaja nampak seseorang itu bersendirian, mereka akan datang mendekati kononnya nak ambil berat menggunakan ayat-ayat manis. Lebih menakutkan jika mereka cuba untuk menyentuh atau buat perkara bukan-bukan.


Baru-baru ini tular di laman TikTok seorang gadis @nrzzati._ sempat berkongsikan gangguan yang dihadapinya di tepi pantai apabila didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali mengajaknya untuk naik jet ski.

@nrzzati._

Aku ni dah rasa macam mana perit kena khianat tau, dah rasa sakit kena tinggal. Sorry boya, silap target ? Sila cari target lain.

♬ original sound – Z A T I ? – Z A T I ?

Lelaki gatal masih ganggu walaupun dah cakap tunang orang

5 10

Dalam video tersebut, gadis berkenaan yang lebih dikenali sebagai Zati telah menyatakan status dirinya yang merupakan tunangan orang untuk memutuskan sapaan dan bagi mengelakkan lelaki berkenaan daripada meneruskan perbualan.

Namun, penjelasan gadis tersebut seolah-olah tidak dipedulikan oleh stranger terbabit yang bertindak untuk meneruskan perbualan. Bukan itu sahaja, individu berkenaan malah cuba ‘meracun’ pemikiran Zati dengan cara memburukkan tunangnya pula.

Lelaki gatal sempat cerita diri tengah ‘heartbroken’

Lelaki tersebut sempat mengaku bahawa tak salah untuk dia berkenalan dengan gadis berkenaan malah sempat berkata yang sepatutnya tunang Zati harus sentiasa menemaninya sepanjang masa. Selain itu, stranger berkenaan siap bercerita dirinya pernah heartbroken dan pernah dipukau perempuan lain.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meminta gadis ini untuk tidak pergi berseorangan ke pantai serta menghiraukan mana-mana lelaki yang ajak berbual atas faktor keselamatan.

3 11

Kalau nak keluar jalan-jalan pergi pantai atau tempat yang agak sunyi, lebih baik berteman ya!

Baca: “Makin lama makin dekat” – [VIDEO] Wanita Rakam Aksi Lelaki Gatal Dalam ‘Train’, Cuba Raba Paha Mangsa!”

4 8

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.