in

“Makin lama makin dekat” – [VIDEO] Wanita Rakam Aksi Lelaki Gatal Dalam ‘Train’, Cuba Raba Paha Mangsa!

Raba Dalam Train

Biasanya orang yang kuat menggatal ni memang tak kira waktu atau tempat. Kadang-kadang waktu siang dan tempat ramai orang pun dorang boleh buat projek!

Macam baru-baru ini, wanita dari negara seberang Indonesia, telah kongsikan di Twitter beberapa video menunjukkan tindakan seorang lelaki yang cuba untuk meraba pahanya ketika menaiki kereta api.

Menurut penjelasan wanita ini, tangan lelaki ini telah meliar beberapa kali dan setiap kali dia bergerak, lelaki tersebut akan tarik tangannya.

Tak cukup dengan itu, lelaki ini juga turut dilihat berulang kali cuba memegang kemaluannya sendiri!

Mulanya aku ingat tak sengaja, tapi makin lama makin dekat. Setiap kali aku gerak pasti tangannya dipindah tak lama lepastu buat balik.”

Disebabkan lelaki tersebut berterusan bertindak sedemikian, wanita ini kemudiannya mendapat kekuatan untuk menegurnya namun selepas dua kali ditegur, lelaki tersebut masih buat perkara yang sama sehingga wanita ini bertindak untuk meminta tukar tempat duduk.

Wanita ini turut kongsikan tangkap layarnya meminta agar ditukarkan tempat duduk namun pada awalnya pihak pengurusan kereta api mengatakan bahawa tiada tempat kosong lain.

Fvq F6Uucaaun2P Side

Tak lama selepas itu, pihak pengurusan berjaya mencari tempat kosong dan meminta agar wanita itu menukar tempat. Selepas wanita ini memberikan video sebagai bukti tindakan melampau lelaki gatal tersebut, pihak kereta api telah memohon maaf atas kejadian yang menimpanya itu.

Dikatakan juga, wanita ini telah pun mendapat nama penuh pelaku dan rakannya namun tak tahu nak buat apa dengan maklumat tersebut dan mengharapkan agar lelaki tersebut minta maaf kepadanya dan berjanji tak akan mengulangi perbuatanya.

Saya hanya ingin dia minta maaf dan janji tak akan mengulanginya lagi. Walaupun ia tak menjamin dia betul-betul boleh berhenti.”

Aduiii, inilah masalahnya dah tegur pun berani lagi!

 

Baca: “Tangan dia meraba-raba” – [VIDEO] Lelaki Mabuk Bagi Flying Kiss, Siap Jelir Lidah, Dah Call Polis Pun Taknak Blah

India Mabuk