in

“Tak elok langsung cara dorang tu” – Hantaran Daler Yusof Isu Puteri Balqis Terima Kecaman Netizen?

Syaz Ft 2026 01 26T111611.675

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pelakon, Daler Yusuf, mencuri perhatian netizen selepas satu kenyataannya mengenai pelakon muda, Puteri Balqis mengundang perdebatan hangat di media sosial, sekali gus menerima kecaman daripada ramai pihak.

Menerusi hantaran tersebut, Daler menyuarakan pandangannya sebagai seorang lelaki Muslim berhubung tindakan seorang lelaki yang didakwa mencampuri urusan peribadi seorang wanita muda.


Menurutnya, cara teguran yang digunakan disifatkan sebagai kasar dan tidak wajar, apatah lagi melibatkan seorang gadis berusia 20 tahun.

Artikel berkaitan: “Semoga Allah tempatkan Ochajon di syurgaNYA” – Nenek Pelakon Daler Yusuf Meninggal Dunia Akibat COVID 19

Artikel berkaitan: 9 Artis Lelaki Malaysia Berdarah Kacukan Buat Hati Anda Tertawan

Cats 19

Bagaimanapun, kenyataan itu mencetuskan reaksi berbelah bahagi dalam kalangan netizen. Ada yang bersetuju dengan pendirian Daler, namun ramai juga yang mengkritik tindakannya dan mendakwa beliau sendiri tidak sepatutnya masuk campur dalam isu berkenaan.

Cats 20

Dalam ruangan replies, ada netizen yang menegaskan usia 20 tahun sudah dikira dewasa dan individu terbabit perlu bertanggungjawab atas perbuatannya.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan kewajaran isu lama dibangkitkan semula selepas beberapa tahun, malah ada yang mendakwa ia sekadar usaha meraih perhatian di media sosial.

Setakat ini, Daler Yusuf masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut susulan kecaman yang diterimanya, namun isu tersebut terus menjadi bualan hangat netizen.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.