in

Tak Cukup ‘Seat’ Dalam Kereta Api? Tak Ada Hal! Lelaki Ini Pasang ‘Hammock’ Dalam Pengangkutan Awam

F2 Hammock Dalam Tren

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang rasa geram dan kecewa sebab tak dapat tempat duduk ketika menaiki pengangkutan awam seperti LRT dan MRT? Lagi stres kalau naik tren pada waktu puncak tapi apa boleh buat sebab seat tu kan siapa cepat, dia dapat. 


Namun, lelaki di India ini pula telah menggunakan idea kreatif ini iaitu memasang hammock atau sejenis buaian kain gara-gara dia dikatakan tak dapat tempat duduk dalam kereta api yang dinaikinya.

Hammock Dlm Tren 2

Menurut India.com, video penumpang itu memasang dan duduk di atas hammock tersebut telah tular di media sosial negara itu setelah dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram baru-baru ini.

Dalam video itu, penumpang lelaki terbabit dilihat menggunakan kain selimut sebagai hammock yang kemudiannya digantung pada bahagian atas tempat letak bagasi.

Kejadian yang dipercayai di India itu telah berjaya meraih sehingga 81 ribu tontonan daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat lelaki terbabit. Ada netizen yang dilihat meninggalkan emoji lucu di ruangan komen.

Namun, tak ketinggalan juga yang berpendapat idea penumpang itu memang bijak namun ia boleh menyusahkan penumpang lain yang nak lalu di gerabak tersebut.

Hammock Dlm Tren 3

Walaupun idea ni boleh dikatakan agak inovatif tapi korang jangan suka-suka pulak buat macam ni kalau naik ETS atau mana-mana tren lain, kang tak pasal-pasal kena marah dengan staf dan penumpang kereta api. 

Sumber: India.com, Instagram @memes.bks

Baca: [VIDEO] Lelaki Bawa Jamban Dalam Tren, Selamba Berak Depan Orang Ramai

Hammock Dlm Tren 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.