[VIDEO] Lelaki Bawa Jamban Dalam Tren, Selamba Berak Depan Orang Ramai

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



[VIDEO] Lelaki Bawa Jamban Dalam Tren, Selamba Berak Depan Orang Ramai

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Semua orang pun pernah alami situasi sakit perut dan nak terberak sangat sangat waktu dekat tempat awam yang tak ada tandas kan? Erghh paling tak suka bila kena tahan berak!

Tapi, macam lelaki ni dia tak peduli dah orang sekeliling, yang penting dia dapat ‘melepas’. Satu rakaman video berdurasi 45 saat di Facebook viral menunjukkan seorang lelaki berada dalam tren.

Lelaki tu lebih kurang umur 30an dan pakai baju serta seluar berwarna hitam. Boleh nampak muka dia macam tak tahan sakit perut nak buang air besar. Memang dia tak senang duduk dalam tren tu, sambil pegang sesuatu berbentuk silinder ditutupi beg berwarna hijau. Benda tu diletakkan atas lantai tren betul-betul depan dia.

Sumber: Facebook

Beberapa saat lepas tu, disebabkan tak tahan sangat lelaki tu buka beg hijau tu dan reveal apa sebenarnya dalam tu. Rupa-rupanya benda tu adalah tandas bergerak and yes, lelaki tu memang nak berak dalam tren!

Dengan selamba dia buka jamban tu, tarik tisu dan terus buka seluar serta underwear dia. Lepas tu dia terus duduk dan berak. Orang sekeliling yang duduk berdekatan dengan dia, terus berlari.

Sumber: Facebook

Tapi ada juga penumpang yang duduk berhadapan dengan dia buat don’t know je and duduk sambil tengok dia ‘berbisnes’. Ewww geli gila!

Korang tengok sendiri video tu:

Tapi…kalau korang rasa video tu real, korang dah tertipu! Sebenarnya video tu adalah salah satu prank yang lelaki ni buat dekat dalam tren.

Lelaki dikenali sebagai Zeeshan Ali dekat facebook tu, memang terkenal dengan aksi prank dalam tren. Sebelum ni, dia pernah buat prank tertidur dekat bahu penumpang lain dan pernah juga dia bawa hammock untuk baring dekat dalam tren.

So, rasanya dia tak berak betul betul pun dalam tren tu tapi kalau betul, korang bayangkan macam mana bau dalam tren tu! Yeekkkk!

Apa korang rasa pasal prank yang macam ni?

Baca: [Video] Lelaki Mati Lepas Dua ’Prankster’ Tolak Dari Jambatan Setinggi 12 Kaki Untuk Populariti Di Media Sosial

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!