Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan didakwa harini (20/9/2018) pada jam 3 petang.
Seperti sebelum ini, anak-anak beliau tak lepaskan peluang untuk luah rasa sedih mereka di media sosial. Nooryana dan Norashman Najib masing-masing muat naik status di Instagram lepas bapa mereka ditangkap.
Selepas penangkapan bapanya, Yana luahkan perasaan dengan membuat posting di Instagram. Bersama posting tu, Yana sertakan gambarnya sedang mendukung anak lelakinya, Adam. Kata Yana,
“Daddy sebelum saya tidur, saya menghantar gambar saya dan Adam (Adam Razak, cucu Najib) mendoakan yang terbaik dalam perjumpaan kamu di SPRM pada pukul 3 petang (waktu Malaysia).
“Kamu tidak membaca atau membalas mesej saya dan kemudian pada pukul 5 pagi, Ashman (panggilan buat Norashman) menghubungi saya untuk memaklumkan mereka telah menahan kamu, sekali lagi.
“Ia menyakitkan kerana saya berada di seberang dunia dan tidak di sana di sisimu… tetapi kamu sentiasa menegaskan bahawa jangan melepaskan (pengajian) Harvard, tanpa mengira betapa sukarnya keadaan yang berlaku.”
“Sedang saya duduk di katil pada jam 6 pagi di Boston, tidak boleh tidur, memikirkan tentang keselamatan kamu dan bagaimana Mummy, Ashman serta orang lain di rumah menghadapi situasi ini.”
Adik bongsunya, Ashman pula luahkan emosi di Instagram sambil menunggu bapanya yang ditahan pada ketika tu. Luahnya,
“Saya duduk di sini di luar tempat penahanan ayah saya dipenuhi dengan kebimbangan. Saya tidak dapat membayangkan kesusahan yang kamu hadapi di dalam sana.
“(Saya) berdoa kamu diberi layanan yang adil dan untuk undang-undang Malaysia perlu ditegakkan.”
Bersama posting tu, Ashman turut muat naik gambar Najib dengan hidangan yong tau foo, which relate to apa yang dia cakap,
“Tidak sabar untuk membawa kamu ke tempat kegemaran yong tau foo bila kamu dibebaskan ayah.”
Kedua-dua mereka menyatakan kesedihan dan menyentuh perasaan pengikut di Instagram selain turut mendoakan kesejahteraan Najib yang bakal dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang ini.
Follow Lobak Merah untuk update terkini tentang kes ni!
Baca: Kes RM2.6B: Najib Dibawa Ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial