in

Kes RM2.6B: Najib Dibawa Ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas ditahan oleh SPRM semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibawa ke ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) pada jam 9.20 pagi tadi untuk bantu siasatan kes RM2.6 bilion yang masuk ke akaun bank peribadinya.


Menurut Malaysiakini, Najib yang memakai kot hitam dan baju kemeja biru muda tu diiringi pegawai polis dan SPRM masuk ke pejabat jabatan tu kat Menara 238, Jalan Tun Razak. Walaupun nampak penat, Najib sempat tersenyum kepada penyokongnya yang berhimpun di Menara KPJ seawal 8 pagi.

Sumber: MMO

Beliau telah diambil daripada ibu pejabat SPRM, Putrajaya lepas disoal siasat lanjut mengenai tuduhan salah guna kuasa ketika menjadi Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri ni akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 petang nanti lepas polis selesai merakam keterangannya.

Sumber: BH

Follow Lobak Merah untuk berita lanjut mengenai kes ini! 

Baca: [TERKINI] Najib Razak Ditangkap!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.