in

Tak Boleh Imamkan Solat Jenazah Abah, Anak Sedih Sekeluarga Tak Solat

27Nkul.transformed 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang beragama Islam, setiap orang dituntut untuk menunaikan Rukun Islam yang antaranya mewajibkan kita tunaikan solat 5 waktu.


Tapi alangkah ruginya jika dalam sesebuah keluarga itu tiada seorang pun antara mereka yang menunaikan tuntutan itu, lebih-lebih lagi buat insan bergelar lelaki.

Ayah ketagih rokok, alkohol, judi

Kekesalan seorang anak yang melihat keadaan ayah,adik-beradik serta dirinya yang langsung tak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslimin telah dikongsikan di Facebook page ini.

Dengan lebih 1,000 perkongsian, kisah Caje yang pada mulanya menyalahkan sikap ayahnya sebagai punca kejadian, telah menarik perhatian pembaca.

“Ayah aku dah tua. Umur dia 63 tahun. Ayah aku memang ketagih rokok dan alkohol. Bukan itu saja, dia ketagih main judi jugak. Kira pelengkap dosa-dosa besar ada dekat dia.

Arak Judi Rokok Bagi Cina Dan Melayu
sumber: fmt

“Aku ingat lagi, masa ayah aku sakit teruk, kira dah nazak dan nak meninggal, ibu aku je yang bacakan Yasin. Kami adik-beradik memang tak baca. Haa ada sorang lagi. Kakak ipar aku.

Aku dan abang-abang aku nganga je lah sebelah ayah aku. Mendoakan dia dari dalam hati. Betapa bodoh dan malangnya nasib ayah aku ada anak-anak macam kami.”

Selepas 6 bulan menderita kanser lidah dan peparu, ayah Caje meninggal dunia di hospital.

“Aku lupa ada solat jenazah..”

Segala persiapan untuk menerima ketibaan jenazah dilakukan oleh Caje dan kakak iparnya yang dikatakan agak alim dan lebih arif dalam hal pengurusan jenazah.

Da257706D4D787D140A967B4225Ab753 Xl
sumber: smasa news

“Dia cakap kita kena siap-siap jenazah dekat rumah. Aku ingat jenazah terus tanam lepas settle dekat hospital, rupanya aku lupa ada solat jenazah. Aku pun ikut je lah.

Sampai surau nak bagitau ada jenazah nak datang, bila sebut nama ayah aku terus semua orang pelik macam tak pernah dengar nama ayah aku. Sedangkan rumah kami selang berapa laluan je kot dari surau. Bila aku sebut nama ibu aku barulah diorang tahu, ohh laki si polan ni.”

Menurut Caje, tak lama kemudian rumahnya dipenuhi oleh orang ramai yang bersedia untuk menerima ketibaan jenazah arwah ayahnya dan mula membacakan surah Yasin.

Abang-abang aku tak pernah solat

Apabila jenazah tiba, Imam menyarankan untuk disegerakan saja solat jenazah di surau berbanding di rumah. Kemudian, dia bertanya siapakah anak Allahyarham sebelum abang-abangnya tampil ke depan.

“Imam cakap kalau ramai anak lelakinya lebih baik antara kamu yang jadi imam solat jenazah. Allah! Terduduk ibu. Abang-abang aku semua tunduk. Ya semua, abang-abang aku tak pernah solat. Solat Jumaat pun boleh kira dengan jari, inikan solat jenazah?”

Ahmadzahidhamidi
sumber: suara tv

Sedih dengan keadaan ini, Caje dapat perhatikan ibunya menangis tanpa henti sewaktu jenazah ayahnya diimamkan Imam surau.

“Bila dah kebumikan, ibu minta ditinggalkan di kubur..”

Semasa di tanah perkuburan pula, tiada seorang pun adik ayah Caje yang datang melawat sedangkan arwah merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik.

Katanya, maklumat telah disampaikan dalam group Whatsapp keluarga tapi apakan daya, tiada yang datang.

Sebaik selesai urusan pengebumian, ibunya meminta ditinggalkan di kubur.

20130121 120945
sumber: blogspot

“Aku ingat lagi dah jauh sikit dekat pagar kawasan kubur tu aku pandang ibu. Ibu macam tengah cakap something sambil menangis. Kesian ibu. Mungkin ada luahan terakhir ibu sebelum ibu tinggalkan kubur ayah.

Bayangkan, seorang pun tak dapat nak imamkan solat jenazah ayah aku. Kalau aku pun anak lelaki ayah, confirm aku pun tak boleh nak buat sebab aku tak tahu. Tolong korang, tolong sangat. Solatlah.”

Semoga kisah Caje ini dapat memberikan tauladan dan iktibar untuk kita ikuti.

Baca: ‘Kak Qis’ Menyesal Tidak Dapat Bantu Jenazah Ibu Akhirnya Berubah Kepada Fitrah Asal

Pondans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.