in

Pesakit Terpaksa Baring Luar Jabatan Kecemasan, Kerajaan Hantar 60 Katil ‘Extra’ Ke HTAR

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di media sosial semalam bila beberapa netizen telah kongsikan keadaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang yang terpaksa ‘buka katil’ di luar jabatan kecemasan kerana tak cukup tempat.


Netizen serta Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago meminta agar kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini.

Difahamkan, pesakit-pesakit yang diletakkan di luar jabatan kecemasan itu merupakan pesakit positif Covid-19 yang menunggu masa untuk dipindahkan ke Maeps.

Ekoran ini, FMT melaporkan sebanyak 60 katil dan peralatan tambahan akan dihantar ke HTAR bagi mengatasi masalah pesakit yang terpaksa baring di atas katil pengusung yang dialas dengan kain kanvas berwarna biru.

Klang Gh Hospital Covid Pesakit 12 672X420 1

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba dalam kenyataannya turut memberitahu yang pasukan tentera juga akan turut dipanggil bagi memasang 50 katil di HTAR bagi menangani masalah di sana.

Dengan peningkatan kes Covid-19 di Lembah Klang, selain katil, kerajaan juga akan turut memberikan peralatan tambahan seperti silinder oksigen.

Ini dibuat bagi meningkatkan penyediaan hospital-hospital dan pusat kuarantin seperti PKRC dan Maeps untuk merawat pesakit Covid-19.

Selain HTAR, kementerian kesihatan juga akan menyediakan 20 katil ICU untuk Hospital Ampang dan 45 unit katil ke Hospital Universiti Putra Malaysia.

Pesakit kategori 4 dan 5 di Maeps akan dihantar ke hospital-hospital ini untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, kerajaan juga akan membuat kerjasama dengan Hospital Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju yang juga akan merawat pesakit kategori 4 dan 5.

 

Baca: Wad Di Hospital Klang Penuh Sampai Terpaksa Letakkan Pesakit Bergejala Covid-19 Di Luar Jabatan Kecemasan?

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.