in

“Tak boleh bayang sedih dia”-[VIDEO] Ibu Kritikal Covid-19, Anak-Anak Sempat Cium Sebelum Terpaksa Berpisah Wad

Cats 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penularan wabak Covid-19 di negara kita masih menunjukkan jumlah kes harian yang banyak walaupun sudah ada sedikit penurunan. Virus ini sekarang menjangkiti semua peringkat umur tau, tak kira tua atau muda. Semuanya terdedah dengan bahaya virus ini.


Tapi, apa yang merisaukan adalah bila virus ini mula menyerang ahli keluarga kita. Sekarang ini banyak kes sporadik yang kita tak tahu dari mana puncanya. Mula-mula badan mungkin rasa macam tiada apa-apa, tetapi simptom wabak ini lama-kelamaan mula muncul cepat sehingga ada yang terus ke tahap kritikal.

 

Anak dan ibu terpaksa berpisah wad

Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh kakak pesakit iaitu Hazian Hasan di Facebook semalam, dia berkongsi kisah tentang keluarga adiknya yang semuanya disahkan positif Covid-19 termasuklah isteri dan anak-anaknya yang masih kecil. Mereka sekeluarga kini sedang menjalani rawatan di Hospital Selayang.

Capture 33

Tambah Hazian, keluarga adiknya disahkan positif Covid-19 pada 11 Jun lalu dan isteri adiknya kini memasuki tahap 5 jangkitan Covid-19. Diorang sendiri pun tak pasti dari mana jangkitan tersebut diperoleh. Bahaya tau kes sporadik dah makin banyak sekarang ni.

Bersama posting di Facebook itu juga, wanita ini berkongsi video di mana anak-anak saudaranya itu terpaksa berpisah dengan ibu diorang yang terpaksa dipindahkan ke wad lain.

Lebih menyedihkan bila masing-masing bergilir berikan kucupan buat ibu tercinta, sementara si abang dilihat mendukung adiknya yang masih kecil. Weh sebaknya tengok diorang kena berpisah.

“Ya Allah sembuhkan lah adik ku sekeluarga…tiada kata lagi yang ku dapat katakan…hanya berdoa dan berdoa.”

Hazian juga meminta sahabat-sahabat di Facebook untuk mendoakan keluarga adiknya juga supaya cepat sembuh semula seperti sedia kala.

“Semoga ada doa antara kalian yang diangkat ke langit dan diaminkan oleh para malaikat.”

Sedih tengok bila ramai keluarga yang terkena wabak ini. Sama-sama lah kita doakan keluarga adik Hazian cepat sembuh. Korang kat luar sana pun jangan lupa jaga diri tau, kalau boleh keluar tu pakai mask double layer.

 

Sumber: Hazian Hasan

Baca:“Patut jadi wake up call” – Lebih 40,000 Kanak-kanak Positif, Ismail Sabri Minta Ibu Bapa Sedar Bahaya Covid

Kkkkmm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.