Mengajar anak kecil untuk melakukan perkara harian bukanlah mudah, lebih-lebih lagi jika kita ingin untuk mengajar mereka sesuatu yang asas seperti membaca atau mengaji.
Sebuah video telah tular di mana seorang ibu tergamam apabila anaknya yang sedang diajar mengaji memarahinya kerana ‘terlepas’ satu perkataan.
@nkhayla Macam mana nk selesaikan masalah ni ye?
Dalam video tersebut, seorang budak perempuan dilihat sedang belajar mengaji bersama ibunya, siap bertudung lagi!
Apabila belajar mengaji, kita biasanya bermula dengan sebutan baris-baris seperti bunyi ‘a’,’i’ dan ‘u’ untuk mengenal huruf di dalam Al-Quran, tiba pada huruf ‘ba’ anaknya itu marah ibunya yang sedang mengajarnya itu.
“Tak baik cakap b*bi!”
Anaknya mula ‘mengamuk’ dan masih tidak boleh menerima kenyataan dan seterusnya menanyakan kepada ibunya mengapa perlu sebut ‘b*bi’ sedangkan itu merupakan perkataan yang kurang elok.
Dalam video yang lain, anaknya itu sambung memarahi ibunya lagi sekali kerana terdengar ibunya memainkan semula videonya itu. Malah, dia juga berkata ingin memberitahu bapanya kerana ibunya bercakap ‘benda yang tak elok’.
@nkhayla Die terdengar video dia semalam. Dia sambung lagi bebel kt ibu dia?? ayahh help ibuu.. #fypppp #foryourpageviral
Macam-macam telatah kanak-kanak ni! Comel betul!
Baca: “Comel je duduk atas pelamin” – [VIDEO] Pasangan India Bersanding Ikut Adat Melayu Raih Perhatian