Sejak kebelakangan ni boleh dikatakan memang meriah jemputan majlis kahwin. Tak pelik lah kalau ada yang sanggup drive jauh semata-mata untuk hadirkan diri lagi-lagi kalau orang tu rapat dengan kita.
Mana taknya, sejak Malaysia dah mula ke fasa peralihan endemik, memang orang tak lepaskan peluang untuk sambut hari bahagia diorang dengan orang ramai. Mungkin sebab tu lah jugaklah kot jalan jammed tiap kali weekend…
Tapi video dari @pierre_emerick_lingesh di TikTok baru-baru ini bukanlah dari majlis orang Melayu, sebaliknya majlis persandingan yang diadakan oleh pasangan suami isteri berbangsa India
@pierre_emerick_lingesh
Lebih menarik perhatian, pasangan yang telah berkenalan lebih dari 7 tahun itu memilih tema perkahwinan mengikut adat tradisional Melayu, lengkap dengan baju Melayu bersama tanjak dan samping.
“Siap ada pelamin lagi!”
Menurut Harian Metro, si suami iaitu P. Magen dan isterinya, Y. Aruna sepakat untuk bersanding mengikut adat Melayu sejak dari awal tahun lagi malah persiapan pemakaian baju Melayu turut dibantu oleh tujuh rakannya.
“Baju Melayu ni saya dah plan nak pakai masa raya, tapi sebab raya mengejut jadi saya pakai je untuk majlis. Untuk baju isteri pula, dia sewa kat butik” – Ujar P. Magen
Perkongsian video itu telah tular dan mendapat pujian orang ramai sebab bukan je pemakaian seperti orang Melayu yang dikenakan tapi pasangan pengantin itu juga dilihatkan bersanding di atas pelamin!
Seronok min tengok diorang ni! Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia ke anak cucu…