in

“Ni Myvi ke Lamborghini?” – Pakcik Tayang Modify Pintu Kereta, Dah Macam Kereta Mewah

Page Myvi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila bercakap mengenai kereta, mesti ramai yang suka modify perhiasan kereta untuk menjadikan kereta nampak lebih cantik dan juga canggih. Ada juga yang sanggup berhabis duit beribu ringgit hanya untuk mendapatkan bentuk kereta yang diimpikan.



Tambah pula, ada yang ubah keadaan kereta yang sedia ada untuk kelihatan seperti kereta mewah. Seperti yang kita ketahui, ramai pemilik kereta lagi-lagi lelaki memang suka untuk ubahsuai kereta mereka.

Macam satu perkongsian video TikTok di akaun milik @wm_arshad ini. Di mana dia telah merakam satu kejadian di sebuah stesen minyak menunjukkan kereta Myvi ini memiliki bentuk pintu kereta yang unik.

@wm_arshad

#fypnewbieシ #fyp #lawaktiktok #lawakmalaysia

♬ original sound – wm_arshad – wm_arshad

Dalam video tersebut, lelaki itu kelihatan bangga apabila keretanya telah mendapat tumpuan dari orang ramai yang kagum reka bentuk pintunya. Mana tidaknya, kereta yang dipandu oleh pakcik itu hanyalah sebuah Myvi tetapi pintunya telah diubah suai seolah-olah seperti kereta mewah, Lamborghini! Wah bukan main lagi reka bentuk pintu tu eh!

“Buat dua ribu lima ratus je!” – Pakcik pemandu Myvi

Komen Kereta

Komen Kereta 2

Komen Kereta 3

Pun begitu, di bahagian komen ramai yang ikut teruja tetapi bukanlah disebabkan pintu kereta itu. Rupa-rupanya ramai yang seronok melihat perbualan yang dikatakan mesra antara dua bangsa yang berlainan. Mana taknya, pakcik ni steady betul, siap boleh buat borak macam member je!

Walaupun kereta dah modify macam-macam, netizen ramai juga yang mengharapkan supaya pakcik dan pemandu yang lain untuk menjaga keselamatan ketika memandu. Ye lah, malang tu tak berbau, jadi kita kena cuba elakkan benda yang tak diingini daripada berlaku.

Baca: Netizen Teruja Tengok Kereta Hampir Roboh, Tapi Masih Steady Bawak Atas Jalan

Baca Buai

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.