Macam yang korang semua tahu, Sabtu lepas, selebriti popular Neelofa telah pun selamat diijabkabulkan dengan pendakwah bebas Haris Ismail dalam satu acara yang dijalankan di sebuah hotel terkemuka.
Disamping ramai rakyat Malaysia yang gembira dengan penyatuan ini, ada juga netizen yang mendakwa majlis yang berlangsung di Grand Hyatt ini tak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh MKN ekoran gambar menunjukkan keluarga pengantin duduk rapat-rapat semasa pernikahan berlangsung.
Ekoran dari ini, Harian Metro melaporkan pihak polis telah pun mengambil keterangan pihak hotel dan pengurus acara serta beberapa saksi lain juga akan turut dipanggil dalam masa terdekat.
“Tidak ada pilih bulu”
https://www.instagram.com/p/CM-5-FsH7HU/
Selain itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah turut memberi jaminan kepada orang ramai yang tiada berlakunya double standard dalam perlaksanaan SOP ini.
Polis menerima maklumat selepas gambar berkenaan tular kerana majlis diadakan secara tertutup, jadi siasatan perlu dijalankan.
“Kalaulah majlis itu masih berjalan dan ketika itu juga polis menerima laporan mengenai perlanggaran SOP, sudah pasti kita akan ke lokasi dan mengeluarkan kompaun.”
Tambahnya lagi, siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti gambar tular tersebut serta kesasihan gambar sebelum tindakan lanjut dibuat.
Masyarakat tidak perlu khuatir, tidak ada pilih bulu dalam pelaksanaan SOP, tindakan sewajarnya akan di ambil selepas kertas siasatan lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.”
Jadi kita tunggu jelah hasil siasatan pihak polis ni ya?
Baca: Didakwa Tak Patuh SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin PU Riz & Neelofa