in

“Tak ada perayaan, tak ada cuti umum” – Tiada Sambutan Thaipusam Tahun Ini, Kerajaan Kedah Batal Cuti Peristiwa

Thaipusam Batal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak COVID 19 di negara ini, sambutan perayaan dan apa-apa aktiviti bersempena Thaipusam pada 28 Januari akan dibatalkan.

Menurut Free Malaysia Today, susulan perkara tersebut, kerajaan Kedah telah mengambil keputusan untuk membatalkan cuti umum bagi Thaipusam untuk tahun ini. Alamak tak ada cuti?


Tidak ada cuti peristiwa. Oleh kerana tidak ada perayaan tahun ini, tidak ada cuti umum (pada 28 Jan),” kata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

903542

Sebelum ini, sambutan Thaipusam adalah cuti peristiwa di tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Setakat ini hanya negeri Kedah yang membatalkan Thaipusam sebagai cuti peristiwa manakala Selangor dan Pulau Pinang tidak berbuat demikian, meskipun sambutan dan acara kebiasaan bersempena perayaan tersebut telah dibatalkan kerana COVID 19.

548328

Menurut Muhammad Sanusi lagi, SOP ketat akan dilaksanakan bagi penganut yang ingin ke kuil untuk bersembahyang dengan mengehadkan satu pertiga daripada kapasiti rumah ibadat tersebut.

Tambahnya lagi, SOP serupa juga akan dilaksanakan untuk sambutan Tahun Baru Cina bulan depan.

 

“Tak dapat pergi kuil tak bermaksud tak merayakannya di rumah” 

Dalam pada itu, perkara ini mendapat respon Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang berpendapat tindakan tersebut sebagai keputusan berat sebelah.

947159

“Hanya kerana kita tidak dapat pergi ke kuil tidak bererti kita tidak dapat merayakannya di rumah.

“Penganut Hindu di Malaysia jelas kesal dan terganggu dengan pengumuman oleh Menteri Besar kerana ini adalah perayaan yang disambut oleh penganut Hindu,” katanya yang sedar bahawa cuti Thaipusam merupakan hak prerogatif negeri.

Orang Kedah kurang lah satu cuti bulan Januari ni ye… 

Baca: “Siapa cakap batal?” – Pengantin Perempuan Positif Covid-19, Perkahwinan Tetap Dilangsungkan Melalui Tingkap

Batal

Sumber: The Star
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.