in

“Tak ada kena mengena” – DSV Serabut Iqbal Tunjuk Bukti Lagu Baharu Ditujukan Untuknya

Collage 67

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Muzik video terbaharu dari Dato’ Seri Vida bagi lagunya yang berjudul ‘Ku Ikhlaskan’ telah pun mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Mana tidaknya tak sampai sehari dimuat naik di YouTube, video tersebut telah pun mendapat tontonan lebih 1 juta.


Selain itu juga, Vida turut mempromosikan muzik video ini dengan mengajak orang ramai menderma bagi membina Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak.

Ekoran populariti ini, bekas pembantu peribadi Vida, Iqbal Zulkefli yang sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan turut memberikan komennya mengenai MV Vida ini.

Menerusi Instagram, Iqbal mengatakan ramai peminat telah bertanya sama ada lagu tersebut ditujukan untuknya atau pun tidak.

Menjawab persoalan ini, Iqbal mengatakan yang sebelum ini usahawan kosmetik itu ada memberitahu bahawa lagu tersebut memang untuknya malah sempat menunjukkan bukti ada gambar mukanya dipangkah dalam MV tersebut.

Kalau perasan, muka yang dipangkah dalam gambar atas meja itu adalah muka saya.”

Whatsapp Image 2022 03 23 At 11.37.59 Am 2

Selain itu, Iqbal turut mengatakan salah satu babak di dalam MV tersebut telah menunjukkan Vida memulangkan cincin batu permata kepada pelakon Qush dan menurutnya ada cerita peribadi di sebaliknya.

Whatsapp Image 2022 03 23 At 11.37.59 Am 1 Side

“Serabutlah saya!”

Menerusi temubual bersama mStar, Vida mengaku yang dia rimas dengan tindakan Iqbal yang cuba kaitkan dirinya dengan isu-isu terbaru serta turut mengesyaki bekas pembantu peribadinya itu berbuat demikian bagi meningkatkan semula popularitinya.

“Tak ada kena mengena dengan dia… serabutlah saya! Sekarang ni dah sendu mulalah nak kaitkan nama saya. Saya dah malas nak layan dia kalau dilayan makin menjadi nanti.

“Fasal gambar dia dalam MV tu, saya pun tak tahu ada foto dia sebab itu semua disediakan oleh budak prop. Tajam pula mata dia tengok sedangkan saya pun tak perasan.

“Malaslah saya nak fikir apa kata dia… ini namanya sumpahan tak boleh popular, apabila dah popular mulalah lupa diri, asyik berbunyi sahaja sebab sekarang pun dah sendukan?”

Alang-alang viewers lagu ni dah cecah lebih sejuta, ada kemungkinan tak DSV masuk Big Stage tahun depan? Huhuhu

 

Baca: “Saya kagum!” – Aina Abdul Buka Mulut Lepas Asyik Dikaitkan Dengan Fesyen DSV Dalam MV Ku Ikhlaskan

Page Dsv Mv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.