in

“Tak ada etika eh” – Wanita Sound DJ Radio Didakwa Suka Body Shaming & Lakukan Gangguan Seksual

Ft Dj Lelaki Bodyshame Dj Wanita

Sebagai seorang pendengar radio, seorang wanita telah meluahkan rasa jelak terhadap sebuah stesen radio tempatan yang menjadikan fizikal orang sebagai bahan lawak.

Menurut wanita ini, penyampai radio lelaki daripada stesen radio ‘hangat’ itu melakukan lawak-lawak berbaur body shaming itu kepada rakan sekerja yang merupakan seorang penyampai radio wanita.

 

“Bidang pengacaraan dengan DJ ni memang tak ada eh?’

Dalam video yang berdurasi 1 minit 58 saat itu, wanita ini mempersoalkam etika kerja dalam bidang ini, biarpun dia faham bahawa stesen radio tersebut menggunakan konsep santai, tetapi baginya, menggunakan fizikal seseorang itu adalah tidak wajar.

“Tapi hang nak buat jadi bahan, tak payahlah sikit-sikit, body parts orang tu, lawak yang dah basi.”

Dia memberikan contoh seorang penyampai radio yang suka mention drumstick yang merujuk kepada bahagian peha penyampai radio wanita itu.

“Cuba fikir kalau hang, ada orang lelaki body shaming isteri hang, gunakan bini hang punya kelemahan dan sebutkan bini hang punya drumstick dekat on air, hang rasa apa?”

Screenshot 2023 05 31 125619

Video telah meraih 145K jumlah tontonan dalam masa sehari. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersependapat dengan wanita ini, bahkan ada juga netizen yang kongsikan pengalaman sama apabila mendengar stesen radio tersebut.

Dalam pada itu, rada juga netizen yang menyatakan bahawa isu dan lawak sebegini sudah lama dibuat di stesen radio tersebut sejak dari dulu lagi.

Boleh tengok video disini

Screenshot 2023 05 31 130453 Screenshot 2023 05 31 130529 Screenshot 2023 05 31 130704 Screenshot 2023 05 31 130820

Siapa ada dengar? Min dah lama tak dengar radio sebab connect bluetooth dekat kereta je. Apapun, andaikata tuan badan okay, harap tiada apa-apa isu lah.

Baca : Kena Gangguan Seksual & Ada Dirogol, Staff Dedahkan Suasana Toksik Kerja Di Stesen Radio Malaysia

Bfm Radio Interview With Afs Malaysia 1

Sumber: TikTok