Tidak dinafikan majlis kahwin adalah salah satu tempat untuk kita bersua dengan orang yang dah lama kita tak jumpa, namun begitu kenalah ada common sense kerana tempat yang disediakan untuk tetamu itu terhad dan ada orang lain pula ingin menggunakannya.
Bagaimanapun, masih ada segelintir golongan yang seolah-olah tiada common sense, buktinya dapat dilihat menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna TikTok ini.
Artikel berkaitan : “Kena hormat majlis” – Juru Gambar Beri Peringatan Kepada Lelaki Untuk Datang Kenduri Berkasut
Artikel berkaitan : “Lena tidur” Tetamu Majlis Kenduri Ini Dapat Hadiah Tilam Lipat
Dalam video yang berdurasi 8 saat itu, individu ini menunjukkan yang mereka sekeluarga hadir ke sebuah majlis perkahwinan ini dan terpaksa makan di atas lantai kerana ada tetamu majlis yang hadir di situ tidak bangun daripada tempat duduk setelah habis makan.
Kelihatan ada segelintir daripadanya sedang rancak bersembang antara satu sama lain dan tidak pun menjamu selera.
“Sejenis dah habis makan tak reti nak bangun-bangun… tak hormat tetamu lain datang nak duduk.. tak paham lahhh orang macam ni.”
@amirameera Sejenis dah habis makan tak reti nak bangun2.. tak hormat tetamu lain dtg nak duduk.. tak paham lahhh orang macam ni.. 😤😤 #wadding #kenduriwentwrong
Lebih menyedihkan lagi, difahamkan pemilik video ini adalah saudara kepada tuan empunya majlis tersebut dan dakwanya majlis ini adalah majlis RSVP dan tetamu yang duduk di atas meja hanyalah tetamu undangan.
Kalau min memang kena cepat-cepat bangun lepas ajak la diaorang chill-chill kat luar pula, sebab kita dekat malis orang bukannya majlis kita kan.
Sumber : TikTok