in

“Lena tidur”- Tetamu Majlis Kenduri Ini Dapat Hadiah Tilam Lipat

F2 Door Gifts Tilam Lipat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu, telur rebus, tuala kecil dan gula-gula sering dijadikan sebagai door gift atau hadiah untuk tetamu yang hadir ke majlis-majlis kenduri kahwin atau majlis aqiqah anak.


Namun, zaman dah semakin moden, jadi idea untuk door gifts majlis juga semakin kreatif dan lain dari yang lain sebab ramai yang dah mula beri roti Gardenia, bahulu, kicap dalam botol mini dan barangan kering seperti beras, serbuk kunyit dan serbuk kari.

Namun, tetamu majlis kenduri di Indonesia ini pula nampaknya tersenyum lebar apabila mereka diberi tilam lipat oleh tuan rumah.

Pemberian tilam lipat sebagai door gifts majlis itu telah dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai mas_kemon03.

Artikel Berkaitan: “Seronok kalau dapat mcm ni” – Lengkap Barangan Kering Untuk Dapur, Netizen Teruja Tengok Door Gift Ini

Artikel Berkaitan: “Boleh pilih macam kat pasar”- Door Gifts Unik, Majlis Kahwin Ini Beri Sayur-sayuran Kepada Tetamu

Dalam video TikTok yang berdurasi 16 saat itu, tetamu-tetamu majlis itu memegang tilam lipat pelbagai corak setiap seorang.

Tilam lipat itu sepertinya bersaiz single, jadi tetamu-tetamu yang mendapat hadiah tersebut boleh membawanya pulang dan menggunakan tilam itu untuk tidur atau berehat di rumah masing-masing.

5

Namun, tidak dapat dipastikan jika majlis kenduri itu adalah majlis kahwin ataupun tidak, namun majlis itu dipercayai adalah sebuah majlis pernikahan kerana terdapat pelamin di depan tetamu.

Memang happy la tetamu kan dapat hadiah besar macam tu.

Sumber: TikTok@mas_kemon03

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.