in

“Taj Mahal Malaysia”- Mempersonakan! Rahsia Senibina Rm100 Juta Masjid Sri Sendayan

FEATURED 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti sehari dua ni korang perasan viral di media sosial gambar sebuah masjid yang seni binanya seakan-akan Taj Mahal di India.

Sejak dibuka pada Jumaat lalu, Masjid Sri Sendayan di Bandar Sri Sendayan, Seremban tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai yang bukan sahaja ingin menunaikan solat sebaliknya mengunjungi masjid tersebut kerana keindahan senibinanya, lapor Sinar.


 

“Ada yang kata ia seperti Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah…”

“Kebanyakan seni binanya ditempah khas dari luar negara termasuk ukiran kayu pada dinding ruang solat, tulisan khat, penggunaan saduran berwarna emas dan bongkah jubin mihrab yang berhampiran mimbar.

“Ramai yang menyamakan masjid ini dengan Taj Mahal dan ada juga mengatakan ia seperti Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah.”-Imam Eksekutif Masjid, Ahmad Naim Azlan

Katanya masjid tersebut dibina dengan kos kira-kira Rm100 juta dan boleh memuatkan sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa.

8 3

1 17

2 15
Sumber: twitter

 

Rupanya diwakafkan oleh pengasas RHB Bank!

Masjid yang indah dan menakjubkan ini sebenarnya diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain.

Malah, masjid ni actually masjid kedua diwakafkan dermawan tersebut selepas Masjid Hussain yang digelar sebagai Masjid Putih di Seremban 2.

https://www.facebook.com/paanhassan/posts/10221370441469360

Kalau korang nak tau, arkitek yang bertanggungjawab membina masjid tersebut iaitu Zailan Yusop, 57 tahun berkata Masjid Sri Sendayan ni mengetengahkan senibina dari beberapa masjid negara Timur Tengah dan part paling best iaitu tulisan khat masjid ini ditulis oleh tokoh khat paling agung di dunia dari Turki iaitu Sheikh Hassan Celebi.

Menariknya untuk mendapatkan ilham rekaan dan senibina masjid ini, beliau dan Tan Sri Abd Rashid terbang beberapa kali ke Istanbul, Dubai dan Turki.

 

“Pembinaan masjid ini seperti satu love story…”

“Sepanjang 30 tahun bergelar arkitek, ini adalah projek paling istimewa saya seperti satu love story. Terima kasih Tan Sri kerana beri kepercayaan pada saya,”

Ini antara foto-foto Masjid Sri Sendayan hasil kreativiti netizen.

71004248 10221370432549137 5332680219901820928 n
Sumber: facebook
70557930 10221370434269180 3572328882260410368 n
Sumber: facebook
4 5
Sumber: twitter
5 6
Sumber: twitter

 

Style kan? admin nak pegi lah hujung minggu ni.

Baca : Saya cuba kesini setiap minggu Lelaki Cina Susunkan Kasut Jemaah Masjid Masa Solat Jumaat Buat Netizen Kagum

MASJID

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.