in

Tahniah! Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Lelaki Awal Subuh Tadi

Siti Bersalin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi tadi.


Menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Facebook penyanyi tersebut, pihak pengurusannya memberitahu bayi seberat 3.84 kg itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat. 

“Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka. 

“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan dengan lancar,” katanya.

Dato' Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi lelaki.Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, Dato’ Sri Siti…

Posted by Siti Nurhaliza on Sunday, April 18, 2021

 

Anak tiri kongsi gambar ‘Muhammad A’ 

Dalam pada itu, anak tiri penyanyi tersebut, Asyraf Khalid ada berkongsi wajah bayi lelaki Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagramnya.

Asyraf juga mengucapkan rasa syukur kepada Ilahi dan berdoa semoga bayi yang baru lahir ini menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada agama dan keluarga.

Tahniah Tokti dan selamat berpantang. Aafiyah mesti seronok dah dapat adik baru! 

Baca: “Nyanyi relaks pun sedap!” – Tokti ‘Belanja’ Suara Ketika Sarat Hamil Buat Netizen Terpegun

Nyanyi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.