in

“Nyanyi relaks pun sedap!” – Tokti ‘Belanja’ Suara Ketika Sarat Hamil Buat Netizen Terpegun

1Tokti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza, nama yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Bakat penyanyi nombor satu negara itu memang tak boleh disangkal lagi. Lebih mesra dengan panggil Tokti, kehadiran beliau memang sentiasa dinanti.

Terbaharu, Tokti telah hadir dalam majlis resepsi pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakri. Dalam majlis tersebut, Tokti sempat mendendangkan lagu buat kedua mempelai tersebut. Walaupun dalam keadaan sarat mengandung anak kedua, persembahan Tokti tetap memukau ramai orang. Korang boleh tengok video Tokti nyanyi tu dalam video @sopietamdjis kat bawah ni.


 

Sedap betul!

Fuhhh… admin tengok video ni tersengih sorang-sorang. Mana tidaknya, Tokti yang tengah sarat mengandung tu nyanyi relaks-relaks pun sedap. Tabik spring admin bagi kat Tokti!

Screenshot 2021 04 04 At 11.49.35 Am

Memang Tokti berjaya buat netizen terpegun. Sarat mengandung tidak menjadi penghalang untuk bagi persembahan terbaik. 

Screenshot 2021 04 04 At 11.50.16 Am

Itulah bakat yang ada pada penyanyi profesional macam Tokti ni. Kita yang penyanyi dalam bilik air ni tak boleh nak compare dengan dia. Jauh beza langit dan bumi.

Screenshot 2021 04 04 At 11.51.28 Am

Betul, bagi lah lagu apa pun kat Tokti, confirm meremang punya. Kalau lagu Tokti sendiri jangan cakap lah, memang makanan dia.

Screenshot 2021 04 04 At 11.53.03 Am

Lepas tengok video ni dua tiga kali, baru perasan Tokti pengang perut. Mungkin baby tengah menari kot sebab dengar suara mak dia sedap sangat. 

Apa-apa pun admin doakan Tokti selamat bersalin bila tiba masanya nanti. Tak lupa juga untuk kedua mempelai yang diraikan, Syamel dan Ernie Zakri, semoga perkahwinan kekal bahagia hingga hujung nyawa. Amiiinnn.

 

Baca: Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Gambar Tak Berkualiti, Ini Jawapan Tokti

Screenshot 2021 04 04 At 11.57.35 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.