in

“Tahniah, keep inspiring Mila”- Berjaya Tubuh Bisnes Travel Umrah, Mila Jirin Teruja Kumpulan Jemaah Pertama Bakal Berlepas Januari Ini

Mila

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah lama tak dengar cerita Juara Akademi Fantasia Musim Kelima (AF5), Mila Jirin.


Mila sebelum ini dikhabarkan berehat daripada dunia muzik selepas mendirikan rumahtangga Ahmad Ailis Mohamed Mustapha dan kini sedang rancak melebarkan sayap dalam bidang  perniagaan.

Bermula dengan perniagaan Bizmilla Catering, Mila kini boleh dikatakan ‘sifu’ dalam industri itu malah mempunyai sebelas dewan perkahwinan.

Selain itu Mila turut mempunyai agensi perlancongan, Bizmilla Travel & Tours khusus untuk perkhimatan mengerjakan umrah.

Kejayaan Mila itu dikongsi menerusi Instagram yang mendapat reaksi mengejutkan daripada pengikutnya.

Rata-ratanya bangga dengan kejayaan Mila dan mengucapkan tahniah malah ada yang ingin menggunakan perkhidmatan syarikat Mila untuk mengerjakan umrah.

“Tengok luggage@bizmillatravel dah bergenang air mata. Kalau nampak jemaah umrah tarik nanti boleh menitik air mata kesyukuran”, katanya.

Screen Shot 2019 12 22 At 4.59.17 Pm
Sumber: instagram

Mengimbas kembali perancangannya untuk menubuhkan syarikat berkenaan, Mila berkata hasratnya itu pada mulanya disuarakan suaminya ketika berada di Mekah.

Menyambut baik hasrat suaminya, Mila berkata dia mula merancang dan menguruskan perniagaan berkenaan dengan dibantu sahabatnya.

“Pada 2017, waktu mula mula tunaikan Umrah yang pertama, saya dan suami berdoa di Kaabah. Moga suatu hari nanti dapat kita tubuhkan Travel Business, insya Allah dapat kita bawa jemaah tunaikan umrah dengan harga berpatutan” – kata suami saya sambil melihat Kaabah.

“Amin….Insya Allah sayang, Jika Allah izinkan, kita buat – balas saya.” katanya.

Screen Shot 2019 12 22 At 4.59.04 Pm
Sumber: instagram

Kongsi Mila, kumpulan pertama jemaah umrah bersama syarikatnya bakal terbang ke bumi anbiya pada 15 Januari ini dan turut disertai Mila sekeluarga.

“Insya Allah, Kumpulan Jemaah pertama dari @bizmilla_travel akan berlepas pada 15 Januari 2020. Insya Allah, saya bersama sama suami dan anak serta mak ayah dan ibu mertua juga akan menyertai penerbangan pertama jemaah Umrah Bizmilla Travel ini.

Bizmilla Travel menawarkan perkhidmatan menunaikan Umrah bermula dari RM4,900 sahaja.

Baca: “Dah pack barang tapi tiket flight takda” – Agensi Umrah Tipu Hampir 260 Orang Jemaah dan Kaut Untung Hampir RM2 Juta

Screen Shot 2019 12 22 At 5.08.39 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.