in

Syukurlah Ahli UMNO Masih Sayangkan Najib

Jib 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang dijanjikan pada sesi prosiding lepas, Datuk Seri Najib Razak perlu membayar wang jaminan sebanyak RM1 juta atas kesalahan jenayah pecah amanah dan salah guna kuasa di Mahkamah Kuala Lumpur. Wang berjumlah RM500,000 sudah dibayar dan kini baki sebanyak RM500,000 lagi telah dibayar hari ni.


Menurut Malaysiakini, Datuk Seri Najib pagi ni menyatakan rasa terharunya melihat sokongan tak putus-putus yang diterima daripada ahli UMNO. Bekas presiden UMNO itu disambut dengan beberapa laungan seperti ‘Hidup Najib’ dan ‘Bebas Najib’ ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur jam 11.45 pagi.

73D6B67F7Da8Bb99D1540Cf535A05Dd8
sumber: malaysiakini

Antara individu yang hadir di mahkamah tadi termasuklah ketua Pemuda UMNO Wilayah Datuk Razlan Rafii, Ellie Suriati, bekas timbalan menteri Datuk Rosnah Shirlin dan 50 orang lagi penyokong UMNO.

Bercakap kepada media lepas selesai bayaran ikat jamin, Najib berkata beliau terima sumbangan daripada penyokong UMNO termasuklah yang berada di luar Kuala Lumpur.

“Saya berasa amat terharu atas sumbangan yang telah diberikan oleh ahli-ahli UMNO dari semua peringkat. 

“Ini semua menandakan bahawa ahli-ahli Umno dan rakyat biasa menunjukkan kasih sayang mereka kepada pemimpin.

“Mudah-mudahan dengan doa restu (semua) saya dan keluarga dapat melalui ujian besar ini, insya-Allah, dengan jayanya,” kata Najib.

Beliau yang juga hadir bersama isteri, Rosmah Mansor serta anak-anak dan menantu iaitu Nooryana Najwa, Norashman dan Daniyar Kessibayev dilihat masuk ke dalam pejabat pendaftar mahkamah bagi urusan dokumentasi.

C01E32D64539700753Eeb32Ab7C824Ce
sumber: malaysiakini

Proses bayaran ikat jamin berlangsung dalam masa kurang 5 minit selepas beliau dan Rosmah keluar daripada pejabat berkenaan.

Kata Najib, beliau telah terima banyak sumbangan daripada ahli dan penyokong UMNO yang datang ke mahkamah tadi termasuklah wakil UMNO Tumpat yang bertemu bagi serahkan derma. Malah menurut sumber, ada juga di kalangan penyokong UMNO luar negara seperti Singapura dan Indonesia sanggup menderma. Bagusnya ahli UMNO! Taat setia kepada bekas pemimpin. 

01569Ff062E81Bd1E2A2Af557E01531B
sumber: malaysiakini

Tambah Najib, sumbangan yang diberikan ahli UMNO ni amat bermakna kerana ia terbit daripada hati mereka dan bukan arahan mana-mana pihak.

Ia terbit daripada hati nurani yang ikhlas dan inilah sumbangan yang paling bermakna sekali kerana datang dari setiap ahli Umno,” katanya lagi.

Mereka sekeluarga kemudian beredar dari mahkamah dengan diikuti laungan takbir.

Syukurlah kalau anda masih disayangi…

Baca: Rosmah Pesan Jangan Menangis! 

Ros

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.