in

Rosmah Pesan Jangan Menangis!

Rosmah Menangis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang sangka Rosmah Mansor tergamak menghilangkan diri dan tidak muncul pada hari pendakwaan suaminya di mahkahmah hari ni, korang ternyata salah! Menurut Malaysiakini, Rosmah yang berbaju kurung hadir di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini untuk bertemu dengan supporters wanita Najib. 


Rosmah Lovingly Shows Up At Court To Support Najib After He Is Released World Of Buzz
sumber: wob

Dipetik daripada Channel News Asia, Rosmah yang berjumpa dengan penyokong Najib sempat beri pesanan supaya jangan sekali-kali menangis atas apa yang berlaku.

“Jangan sekali-kali menangis, saya tidak mahu sesiapa menitiskan air mata,” kata Rosmah.

Hadir bersama memberi sokongan di mahkamah ialah bekas Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Rosnah Shirlin. Wanita-wanita yang ada di situ jugak sempat memberitahu Rosmah yang setiap daripada mereka ada menunaikan solat hajat untuk bekas PM tersebut.

Rosmah Lovingly Shows Up At Court To Accompany Najib Home After He Is Released World Of Buzz
sumber: wob
Rosmah Lovingly Shows Up At Court To Support Najib After He Is Released World Of Buzz 4
sumber: wob

Rosmah yang tiba di mahkamah pada jam 2 petang telah dikesan berada di koridor Tingkat 5 Mahkamah Kuala Lumpur. Difahamkan peguamnya, K. Kumaraendran menasihatkan Rosmah untuk tidak datang ke mahkamah yang menjadi sebab kenapa beliau hanya muncul di situ selepas sesi prosiding selesai.

Rosmah bersama anak-anak dan suami kemudian meninggalkan mahkamah bersama-sama untuk pulang ke rumah mereka di Jalan Langgak Duta, KL.

Rosmah Mansor
sumber: sinchew

Nampaknya kasih sayang Rosmah terhadap suami masih utuh! 

Baca: Rosmah Pergi Mana Tu?

Page Rosmah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.