in

“Syukur Allah jemput kami melalui ustaz” – Ebit Lew Ziarah Ibu Bapa Zulfarhan, Hadiahkan Tiket Pakej Umrah

Usatz Ebit Ziarah Keluarga Zulfarhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lama rasanya kita tidak mendengar kisah mengenai pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.



Baru-baru ini, Ebit ada memuat naik satu posting di Facebook yang menyentuh hati apabila dia memberitahu telah melawat ibu dan ayah Zulfarhan Osman Zulkarnain iaitu Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) yang meninggal dunia akibat kecederaan ditekap seterika.

 

“Saya niat hadiahkan tiket dan pakej umrah” 

Kunjungannya bersempena hari lahir arwah iaitu pada 29 November ini ternyata memberi kegembiraan kepada keluarganya apabila Ebit telah menghadiahkan tiket dan pakej umrah buat kedua ibu bapa arwah yang akan berlepas pada Disember ini.

Sebak sayu rasa ziarah mak ayah Arwah Zulfarhan UPNM. Selepas Subuh tadi saya terus ke Skudai Johor. Hari ini hari lahir arwah. 29 November.

“Saya niat hadiahkan tiket dan pakej umrah buat mak ayahnya disember ini. Syukur mereka gembira menerimanya. Segala puji bagi Allah. Menangis gembira terutama hari lahir arwah Farhan. Terasa macam anaknya sentiasa ada dekat,” katanya.

262058378 4572809646170616 1610360744101494617 N

 

Rupanya Zulfarhan junior Ebit di sekolah 

Tambah Ebit lagi, dia baru mendapat tahu bahawa Zulfarhan rupanya bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru iaitu sekolah yang sama dengannya dulu.

Sepanjang berbual dengan ibu bapa Zulfarhan, mereka tidak putus-putus mengalirkan air mata dan Ebit juga katanya sempat menziarah sekolah tempat emak Zulfarhan bertugas.

“Berat ujian mereka kehilangan anak tersayang. Arwah Zulfarhan rupanya sekolah menengah teknik johor bahru. Sekolah saya dulu. Maknanya junior saya dulu. Beliau anak yang baik. Anak sulung bercita-cita nak bawa keluarga pergi haji umrah.

“Kata maknya tempat duduk ustaz tu tempat arwah berehat selalu. Sepanjang berbual dalam senyuman kedua ibubapanya asyik mengalir air mata.

“Sempat ziarah sekolah tempat maknya bekerja berjumpa guru dan rakan pejabatnya. Ayahnya bekerja bawa taxi. Baik sangat kedua mak ayahnya. Lemah lembut orangnya,” tulisnya lagi.

262570657 4572809852837262 2274784986752850161 N

Ebit juga sempat berdoa semoga urusan keluarga ini dipermudahkan dan melawat kubur arwah di sana.

Mereka teringin sangat nak pergi haji atau umrah. Katanya syukur Allah jemput kami melalui ustaz. Semoga Allah mudahkan segala urusan keluarga ini. 

“Sempat ziarah kubur arwah tadi. Berdoa bersama-sama. Ya Allah ampuni dan sayangilah keluarga Farhan ini. Berilah mereka kekuatan dan ketabahan melalui ujian hidup ini. Beri kesihatan yang baik buat keduanya dan adik-adik arwah Farhan,” katanya.

262606976 4572809389503975 1208941037549911829 N

Posting tersebut mendapat pujian daripada netizen dan rata-ratanya sangat terharu dengan perkara yang dilakukan Ebit kepada ibu bapa Zulfarhan yang sudah lama menanggung kesedihan akibat pemergian anak.

Apa-apapun marilah kita doakan semoga keluarga arwah sentiasa kuat semangat dalam menghadapi dugaan yang menimpa mereka. 

Baca: Ebit Lew Luang Masa Dengan Keluarga Di Switzerland, Anggap Sebagai Detik Terindah Dalam Kehidupan

Ebitt

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.