in

“Syarat mesti tahu bergelek masa menyanyi”- M Daud Kilau Cari Pengganti, Mahu Tinggalkan Dunia Nyanyian & Fokus Ibadah

Daud Kilau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau yang pernah popular dengan lagu Cek Mek Molek sekitar tahun 70an dahulu.


Penyanyi ini walau bagaimanapun, sudah tidak aktif lagi membuat persembahan kerana mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu.

Datuk M Daud

Baru-baru ini, M Daud Kilau memberitahu kepada Utusan Online yang beliau sedang mencari dan menawarkan kepada mana-mana individu yang berminat serta berkemampuan untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Gelek. 

Walau bagaimanapun, individu tersebut haruslah memiliki kebolehan untuk ‘bergelek’ ketika menyanyi seperti dirinya.

 

Tawar nak beri 99 helai koleksi baju kepada pengganti 

Menurut penyanyi yang berusia 83 tahun ini, dia juga turut menawarkan koleksi pakaian yang pernah dipakainya semasa membuat persembahan pentas secara percuma dan diberikan terus kepada individu yang ingin menggantikannya sebagai penghibur.

M Daud Kilau mempunyai 99 helai baju persembahan dalam simpanannya sepanjang bergelar artis yang sering tampil dengan kelainan melalui pakaian.

Utu Prk Daud Kilau Pengganti 2048X1536 1

Saya nak cari pengganti. Jika sesiapa nak gantikan tempat saya sebagai Raja Gelek, ambillah pakaian persembahan pentas yang saya simpan ini secara percuma.

“Ada 99 helai, saya nak bagi terus tetapi perlu ikut penampilan dan gaya saya iaitu mesti tahu bergelek semasa menyanyi.

“Kalau nak jadi pengganti saya, silalah datang jumpa saya tapi mestilah peminat Daud Kilau, minat lagu-lagu saya. Nak bergelek saya boleh ajarkan,” katanya.

Katanya lagi, beliau juga sayang akan koleksi pakaian tersebut dan pernah menolak tawaran pihak yang mahu menyewanya kerana tidak mahu memberikan ia kepada sembarangan orang.

“Daripada baju ini terbiar dalam simpanan saya, lebih baik saya tawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menggantikan tempat saya sebagai Raja Gelek,” katanya.

Fw977967 Pk07 261119 M.daud Kilau Bernama

 

“Saya nak menetap di kampung dan buat amal ibadah” 

Bila tanya mengenai tahap kesihatannya, M Daud Kilau berkata, beliau kini semakin sihat dan sudah boleh berjalan, menunaikan solat dan makan seperti biasa.

Pun begitu, penyanyi ini masih tetap dengan keputusannya untuk terus meninggalkan dunia hiburan.

“Saya tak akan naik pentas lagi, tak akan buat persembahan walaupun jika ada tawaran. Saya nak menetap di kampung dan buat amal ibadah,” katanya.

Utu Prk Daud Kilau 1024X768 1

Sebelum ini, kesihatan penyanyi tersebut merosot sejak beberapa tahun lalu akibat menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung hingga membuatkannya mengambil keputusan untuk tidak membuat persembahan pentas lagi.

Semoga cepat sembuh dan sihat selalu. Siapa yang berminat tu bolehlah jumpa beliau ye. 

Baca: “Saya dah tak larat nak berdiri dan bergelek lagi” – M Daud Kilau Putus Untuk Lupakan Dunia Hiburan

Lupa

Sumber: Blog
Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.