in

Syabas! Malaysia Capai Angka Tertinggi Vaksinasi Harian Lepasi 300,000, Kini 20% Rakyat Malaysia Dah Terima Dos Pertama

Pemberian Vaksin Semalam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID 19 di seluruh negara nampaknya sudah mencapai peningkatan baru apabila semalam, ia telah melepasi angka 300,000 buat pertama kali!


Menurut Astro AWANI, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 196,603 orang terdiri daripada penerima dos pertama manakala dos kedua pula ialah sebanyak 117,158 orang.

Kedua-duanya membawa total kepada 313,761 orang yang telah divaksinasi semalam. 

Kj 1

Dalam pada itu, jumlah kumulatif penerima dos pertama di seluruh negara juga telah mencapai 20.2% daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia iaitu sebanyak, 6,585,002 orang. Wow sudah ramai ambil vaksin! 

Berdasarkan grafik yang dikongsikan Khairy, rakyat Selangor merupakan yang tertinggi dalam menerima dos vaksin semalam iaitu sebanyak 48,693 penerima dos pertama, dan 19,402 penerima dos kedua, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 67,735 orang.

Jumlah ini diikuti dengan Sarawak iaitu sebanyak 29,376 penerima dos pertama, dan 26,692 penerima dos kedua, dengan jumlah keseluruhan seramai 56,068 orang.

61623849834 Tokbatinkampungor

Kuala Lumpur pula di tempat ketiga dengan 37,838 orang penerima dos pertama, dan 10,639 orang penerima dos kedua, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 48,477 orang.

Diharapkan lebih ramai lagi dapat divaksinasi supaya negara kita boleh mengekang COVID 19 dan beralih ke Fasa 2 dan 3 secepatnya dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi. 

Baca: “Lengkap dua dos vaksin, boleh bercuti di Langkawi” – MB Kedah

Mb Kedah

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.