in

‘Sweeper’ Tak Berniat Berpisah Dengan Mustaqqeem, Akui Terlalu Penat & Alami Kecederaan Jari Kaki

sweeper tak berniat tinggal mustaqqeem

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti ramai yang sedia maklum, tragedi yang menimpa Allahyarham Mustaqqeem Mansor, 34, yang ditemui meninggal dunia pada 16 Oktober lalu di puncak Gunung Liang Barat, Muallim, Perak selepas dilaporkan hilang selama dua hari telah menerima pelbagai reaksi.

Antaranya, ada yang menyalahkan malim gunung dan ‘sweeper’ yang terlibat dalam aktiviti pendakian itu tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku ke atas mangsa.


41760694635 GunungLiang

Pun begitu, seorang Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang dikenali sebagai Rahimi, 50, yang dikatakan menemani arwah telah menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut Rahimi, sepanjang perjalanan pada hari ketiga, arwah menyatakan yang dia di dalam ketakutan namun tidak menyatakan apa yang ditakutkannya itu.

Sepanjang perjalanan pada hari ketiga, arwah beberapa kali menyatakan dia dalam ketakutan, bagaimanapun tidak dinyatakan apa yang dia ditakutkan. 

“Saya mengiringi arwah sejak hari pertama pendakian hingga hari ketiga, walaupun arwah mengalami kekejangan otot namun dia masih boleh berjalan secara perlahan menyebabkan kami jauh ketinggalan dengan kumpulan pertama dan kedua.

mustaqqeem

“Ekspedisi Trans Temangkok mendaki Gunung Liang dilakukan secara ‘compress’ mengambil masa hanya tiga hari, kebiasaan ekspedisi mengambil masa antara empat hingga lima hari. Faktor terlalu mengejar masa mungkin menyebabkan arwah tertekan dan kepenatan.

“Saya bersama arwah di puncak Gunung Liang pada hari ketiga, selepas makan dan minum, kami memutuskan untuk turun kira-kira jam 10.30 malam. Keadaan arwah ketika itu agak lemah tapi masih mampu berjalan dengan pelahan,” katanya.

Artikel berkaitan: “Kasut, beg hang dah cantik” – Netizen Sebak, Bapa Saudara Bersihkan Barangan ‘Hiking’ Arwah Mustaqqeem

Artikel berkaitan: “Anak meninggal kita reda, tapi kenapa mereka tinggalkan dia?” – Luahan Ibu Allahyarham Mustaqqeem

Rahimi juga mendakwa arwah dalam keadaan kepenatan dan lemah turut berkelakuan pelik apabila seolah-olah memerhatikan sesuatu di sekelilingnya ketika berjalan.

Menurutnya, apabila ditanya arwah menyatakan dia melihat akar pokok bagi mengelak tersangkut kaki.

Dia juga mendakwa, dia kemudian turun terlebih dahulu bagi meninjau laluan sambil menunggu arwah di laluan.

Dalam kegelapan malam, dia dapat melihat dengan jelas lampu yang digunakan arwah bergerak menuruni puncak Gunung Liang yang pada ketika itu hujan lebat dan bercuaca sejuk.

Dakwanya lagi, dia bergerak secara perlahan sambil menunggu arwah.

Saya yakin arwah dapat turun tanpa sebarang masalah. Pada masa sama saya berusaha mencari kawasan terdapat talian telefon untuk menghubungi seorang lagi MGP dan penganjur,” katanya.

Tak berniat nak berpisah dengan arwah – Sweeper 

Menurut Rahimi lagi, sebagai ‘sweeper’ dia tidak berniat untuk berpisah dengan arwah sebaliknya menunggu dia di beberapa lokasi sepanjang laluan termasuk di Kem 7E.

Saya tidak menolak kemungkinan arwah naik semula ke puncak Gunung Liang selepas beberapa meter turun, saya tidak lagi mampu berpatah balik mencari arwah disebabkan terlalu penat selain kecederaan jari kaki hingga terpaksa menggunakan selipar untuk meneruskan perjalanan.

“Saya tidak menyangka perkara buruk boleh berlaku, kegembiraan berjaya menawan puncak Gunung Liang bertukar jadi sejarah hitam dalam hidup saya selepas dua tahun sebagai MGP dan lebih 10 tahun dalam aktiviti pendakian,” katanya.

61760695247 pendakihilang

Dia juga mendakwa menerima bayaran sebanyak RM850 daripada penganjur yang menetapkan cuma tiga hari ekspedisi bagaimanapun berlarutan sehingga lima hari.

Terdahulu, difahamkan mayat Mustaqqeem telah ditemui pada jam 3.30 petang di puncak Gunung Liang Barat dan punca kematian disebabkan oleh hipotermia iaitu kesejukan melampau.

Sumber: Harian Metro 

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Sinar Daily
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.