Minggu lalu, kecoh di media sosial apabila Rasmus Paludan yang merupakan pemimpin parti politik sayap kanan Sweden telah bertindak membakar senaskhah Al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden.
Dia bertindak sedemikian sebagai tanda bantahan kepada negara Turkiye. Tindakan Paludan itu telah menimbulkan kemarahan orang Islam di seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia.
Namun, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar Malaysia mencetak sejuta naskhah baru al-Quran sebagai tindakan balas kepada tindakan Paludan itu.
Menurut Utusan, naskhah-naskhah al-Quran baru itu kemudiannya akan diedarkan ke seluruh dunia.
Difahamkan, proses mencetak al-Quran baru itu akan dilaksanakan di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya.
Menurut Perdana Menteri, ini merupakan kaedah yang paling berfaedah untuk menjawab kerja-kerja biadab yang telah dilakukan di Sweden baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika melawat operasi percetakan al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran ketika Festival Seni Al-Quran Restu Global.
Kerajayaan dan sumbangan wakaf oleh orang awam akan digunakan untuk menanggung kos percetakan itu. Pihak kerajaan juga akan menghubungi negara-negara Islam lain untuk menyelaraskan proses pengedaran al-Quran baru itu nanti,” katanya.
Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah kali pertama Paludan membakar al-Quran kerana difahamkan dia telah bertindak sedemikian pada tahun lalu, lapor Berita RTM.
Sumber: Utusan
Baca: Polis Cari Individu Buang Ayat Suci Al-Quran Dekat Tempat Sampah