in

Susah Nak Buat ‘Loan’ Rumah Sebab Dapat Gaji Hari? Juru Runding Kongsi Caranya…

Collage 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ini, ramai juga orang yang bergantung dengan gaji harian macam kerja jadi penghantar makanan, pembantu kedai atau berniaga secara kecil-kecilan.


Disebabkan ini, mungkin agak sukar untuk individu macam ni memohon pinjaman daripada bank. Korang ada juga ke masalah macam ni?

Contohnya macam lelaki ni bila dia bertanya kepada seorang perunding hartanah tentang bagaimana untuk dia buat loan rumah sekiranya dia dan isterinya hanya menerima gaji harian.

272131700 10159554427913043 4224232800420779526 N

Ekoran ini, Zali Ahmad yang juga merupakan seorang Juru Runding Hartanah telah kongsikan di Facebook beberapa kaedah yang boleh dilakukan sekiranya korang mempunyai masalah yang sama.

Cara buat loan rumah jika dapat gaji hari

Cara pertama

Pastikan majikan korang ada SSM dan minta mereka untuk buat baucer gaji setiap bulan walaupun dapat gaji harian.

Kemudian, mintakan gaji tersebut untuk dimasukkan ke dalam akaun bank bagi membuktikan yang gaji ada masuk ke dalam akaun.

Buat perkara di atas ini secara konsisten sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Kemudian…

Pastu pergi bank try mohon kad kredit patuh syariah. Guna kad tadi untuk isi minyak jer. Pastikan bayar on time. Guna selama 3 bulan ke 6 bulan untuk tunjuk pada bank yang kita ni pembayar hutang yang bagus.

Pastu boleh try apply loan untuk rumah pulak.”

Cara kedua

Buka SSM atas nama sendiri walaupun kerja dengan orang dan buka akaun bank atas nama SSM yang didaftar.

Masukkan duit ke dalam akaun tersebut setiap kali gaji serta boleh juga masukkan duit dari pekerjaan sampingan yang dibuat ke dalam akaun tersebut.

Selepas genap setahun, isytihar cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan buat selama dua tahun sebelum pergi bank untuk apply loan rumah.

Tambah Zali lagi, walaupun cadangan yang diberikannya ini kelihatan senang, namun prosesnya agak mencabar.

Itu SECARA RINGKAS yang saya boleh kongsikan. Bunyi macam senang tapi nak buatnya agak mencabar. Paling senang cari orang yang boleh buatkan dan bantu.”

“Saya dah buat, alhamdulillah lepas.”

Menerusi ruangan komen, dapat dilihat Zali juga turut menjawab beberapa soalan lain dari netizen. Selain itu ada juga yang mengatakan cara yang dicadangkan oleh Zali ini memang terbukti berhasil.

Screenshot 2022 01 26 At 1.32.27 Pm Down 1

Korang yang ada niat nak beli rumah tapi dapat gaji hari tu, bolehlah cuba cara ni ya?

 

Baca: Ex BF Siap Minta Jadi Penama Kedua Loan ASB, Wanita Ini Dedah Kecurangan BF

Screenshot 2022 01 26 At 1.43.16 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.