Ex BF Siap Minta Jadi Penama Kedua Loan ASB, Wanita Ini Dedah Kecurangan BF

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Hati siapa tak sakit kalau orang yang kita sayang dan percaya sepenuh hati, berani mengambil kesempatan dan curi peluang daripada kebaikan kita. Lebih memburukkan keadaan apabila insan tu pula adalah pasangan kita sendiri.

Demi cinta, drive sejauh 2 jam untuk berjumpa

Wanita ini berkongsi di Twitter pengalamannya berkenalan dengan seorang lelaki pada Oktober tahun lalu. Semuanya indah belaka tanpa sebarang perkara pelik berlaku.

Sumber: Twitter

Wah, sweet sangat tu sampai sanggup drive jauh selama 2 jam semata-mata nak berjumpa.

Berjalan sampai Johor, tapi minta duit

Tapi kemanisan tu tak lama apabila lelaki ini mula menunjukkan belangnya kemudian. Sampai meminta GF duit untuk beli reload telefon dan bayarkan duit bil elektrik walaupun dia dah berjalan-jalan cari makan hingga ke Johor dan Melaka.

Kalau tak ada duit, kenapa berjoli sakan? Cuba berjimat sikit.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Cuti ke Langkawi dengan mak, tapi..

Masa Tahun Baru, katanya nak pergi bercuti dengan mak ke Langkawi. Kira bagus juga lelaki tu tak lupakan family.

Tapi balik daripada cuti je terus berperangai pelik. Siap minta masa berpisah sekejap. Tapi berani minta jadi penama kedua untuk loan ASB!

Sumber: Twitter

Wow, ini adalah level kecurangan yang berbeza! Bila tak nak jadi penama kedua, lelaki tu terus dikatakan bluetick saja semua message.

Jumpa GF baru dari Wechat

Sedikit demi sedikit, trick lelaki ni mula terkantoi bila ada beberapa gadis yang mengaku lelaki itu kekasih mereka.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Sementara gadis lain pula mendakwa lelaki itu bukanlah seorang lelaki yang baik.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Weh, apa benda perangai macam ni sekali! Sampai berani usik anak dara orang lagi.

“Tak rasa mengaibkan ke?”

Rata-rata netizen yang membaca ada yang menyokong dan ada juga yang tak setuju dengan apa didedahkan ini.Tapi sesiapa yang pernah dikecewakan pasti faham perasaan dia.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Pleaselah korang, kalau nak bercinta pun tolonglah berpada-pada sedikit. Jangan biarkan diri korang tu senang-senang je jadi mangsa tipu lelaki dan biarkan mereka sentuh kat sana sini.

Tolong jadi seorang yang bijak dan sayang diri sendiri! Dan pada masa sama, tolong jangan sakitkan hati orang lain juga. Kifarah tu ada!

Baca:“Aku Tahu Sebab Aku Rampas Phone Bini Aku”- Isteri Kantoi Curang, Suami Bengang Sampai Viralkan Di Twitter

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.