in

AirAsia Terpilih Sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia Kali Ke-13

World Best Low Cost Airline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan menggunakan tagline, ‘For Everyone’, AirAsia baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia di Skytrax World Airline Awards 2022 buat kali yang ke-13!


Menurut New Straits Times, CEO Capital A, Tony Fernandes berkata tahun 2022 ini dirasa lebih istimewa daripada tahun sebelumnya kerana ramai yang masih menyokong syarikat berkenaan meskipun ia melalui detik getir disebabkan Covid-19 beberapa tahun kebelakangan ini.

Tony

Akhirnya, saya dapat melihat langit biru sekali lagi. Kita telah bertahan, kita telah membina semula dan kita kini sedang pulih untuk memberikan lebih banyak nilai dan pilihan daripada sebelumnya,” kata Tony.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri juga mengucapkan tahniah kepada AirAsia atas anugerah tersebut dengan mengatakan bahawa syarikat tersebut telah menjadi pelopor dalam merevolusikan perjalanan kos rendah di Malaysia dan negara ASEAN serta membawa manfaat kepada industri pelancongan dan ekonomi negara.

AirAsia has been chosen as the World’s Best Low-Cost Airline at the Skytrax World Airline Awards 2022 for the 13th…

Posted by Seasia.co on Saturday, September 24, 2022

Anugerah Skyrax ini telah ditentukan menerusi satu survei daripada 14.3 juta pelanggan dari lebih 100 warganegara yang menyemak lebih 300 syarikat penerbangan dari September 2021 hingga Ogos 2022.

Tahniah AirAsia! 

Baca: “Servis dari hati” – [VIDEO] Kabin Kru AirAsia Iring OKU Keluar ‘Flight’ Dipuji Netizen

Aa

Sumber: Sidc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.