Kementerian Alam Sekitar Brazil sedang menyiasat pasangan yang menuang pewarna biru di air terjun untuk ‘gender reveal’ kerana perbuatan mereka itu berkemungkinan mencemarkan sumber utama bekalan air di bandar berdekatan.
Memetik laporan The Independent, pasangan itu telah menyiarkan video sambutan ‘gender reveal’ itu di Instagram. Walaupun video tersebut telah dipadam di laman sosial mereka, salinan video sambutan itu telah dimuat naik di beberapa platform media sosial yang lain. Video sambutan itu yang sempat berlegar di media sosial boleh ditonton dalam tweet @lazarothor1 dibawah.
https://twitter.com/lazarothor1/status/1574422190132527105?s=46&t=b_Zy8d6XkhplWtHSsiQp2w
Siasatan awal oleh pihak kementerian mendapati kejadian itu berlaku di air terjun Queima-Pe, kira-kira enam kilometer dari Tangara de Serra, Brazil. Air terjun setinggi 18 meter itu kebiasannya menjadi tempat tumpuan pelancong selain menjadi sumber bekalan air penduduk setempat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian itu, siasatan turut dijalankan bagi mengenalpasti produk yang dituang ke air terjun dan sekiranya terdapat pencemaran atau kemusnahan alam sekitar akibat tindakan pasangan itu.
Baca: Pelik Bin Ajaib, Remaja Lahir Bayi Kembar Berlainan Bapa Di Brazil