in

“Rekaan kasut sukan Dassler Brothers” – Kisah Persengketaan Dua Beradik Sehingga Wujudnya Adidas & Puma

Adidaspuma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ada segelintir tak tahu yang founder untuk jenama pakaian sukan terkemuka ini adik beradik, mereka pernah berkolaborasi sama-sama sewaktu awal-awal mereka mula tubuhkan produk ini pada kurun ke 19 dulu.


Masing-masing ada kelebihan tersendiri, sorang hebat dalam membuat kasut dan sorang lagi hebat dalam taktik pemasaran.

Sebelum wujudnya jenama Adidas & Puma, mereka dikenali sebagai Dassler Brothers yang membikin rekaan kasut sukan khusus untuk bola sepak. Nak tahu kisah bagaimana Adi dan Rudolf boleh tubuhkan Adidas & Puma? Baca thread daripada pengguna Twitter ni.

 

Adidas VS Puma : Perseteruan dua beradik Dassler yang kemudiannya memberi impak global dengan terlahirnya dua jenama gergasi dalam dunia sukan dan fesyen.

Sumber : twitter

Mereka berdua berasal dari Jerman, tinggal disebuah pekan yang dinamakan Herzogenaurach, nama keluarga yang dikenali sebagai Dassler ini ada mengusahakan perusahaan tenun kain, ini adalah perniagaan turun temurun mereka.

Daripada kecil-kecilan sehinggalah kurun ke 19, perusahaan mereka berubah kepada skala besar iaitu kilang-kilang kecil mula wujud.

Christoph, merupakan generasi terakhir keluarga Dassler yang mengusahakan perusahaan tekstil mula beralih belajar untuk menjahit kasut dan bekerja dengan kilang pembuatan kasut.

Manakala isterinya mengusahakan bisnes dobi dari rumah untuk menambah pendapatan keluarga. Christoph mempunyai 4 anak, 3 lelaki dan 1 perempuan. Anak-anak lelakinya dikenali sebagai “budak laundry” kerana membantu emak mereka dalam bisnes dobi dari rumah dan menghantar baju2 yg telah siap dicuci kepada customer sekitar pekan tersebut.

Anak lelaki yang paling bongsu bernama Adolf (panggilannya Adi) seorang yang aktif bersukan dan mula belajar menjahit kasut daripada ayahnya Christoph. Adi sering customize kasut sukannya setelah dia mula pandai menjahit kasut sendiri.

 

Adolf Dassler

Adi
Sumber : google image

Setelah tamat Perang Dunia 1, ekonomi merosot. Bisnes dobi emaknya ditutup. Adi ingin membantu keluarga mula mengusahakan perniagaan repair kasut kecil-kecilan di bilik laundry belakang rumah keluarga Dassler.

Disebabkan suasana selepas perang, ini menyukarkan Adi mendapatkan material seperti kulit dan kain untuk digunakan membaiki kasut.

Maka dia mengutip peralatan-peralatan yang ditinggalkan askar-askar di medan perang sebagai ganti material untuk kulit dan kain.

Antara material yang digunakan Adi termasuk helmet askar dan beg makanan untuk sumber material kulit, kain payung terjun dan kain khemah askar untuk sumber fabrik. Semua material ni dikutip di bekas tapak perang WW1 berhampiran.

 

Mula design kasut sukan spike, bisnes makin berkembang daftar syarikat Gebrüder Dassler Sportschuhfabrik (Dassler Brothers Sports Shoe Factory) bersama abangnya.

Kasutadi
Sumber : twitter

Disebabkan minat dan pemahaman Adi dalam bidang-bidang sukan, dia turut menginovasi rekaan kasut yang lebih ringan untuk memberikan kelebihan kepada pemakai seperti guna material kulit kangeroo dan kulit jerung.

Adi antara yang terawal mereka bentuk kasut spike untuk digunakan oleh olahraga memberikan lebih cengkaman untuk pecutan di trek balapan.

Bisnes Adi semakin berkembang. Pada tahun 1924, Adi yang kini turut disertai abangnya Rudolph yang sebelum ini sibuk dengan menyertai perang sebagai askar dan latihan polis, mendaftar syarikat Gebrüder Dassler Sportschuhfabrik (Dassler Brothers Sports Shoe Factory).

Kasutadi2
Sumber : twitter

Seterusnya rekaan kasut sukan Dassler Brothers mula mendapat perhatian daripada sukan bolasepak menerusi kasut bola berstud, selain daripada kasut spike untuk olahraga yang disebutkan tadi.

 

Dassler Brotehrs mula dikenali dikalangan atlet

Eile5Rdvaaadb2L
Sumber : twitter

Menerusi sukan olahraga, bermula dari 1928 kasut spike untuk balapan keluaran Dassler Brothers mula digunakan oleh atlet yang bertanding di peringkat antarabangsa seterusnya mula mendapat perhatian skuad olahraga kebangsaan Jerman.

Ini membuatkan jenama Dassler Brothers mulai terkenal dikalangan atlet. Adi pula semakin giat menginovasikan rekaan kasutnya hasil dari hubungan baik dan feedback atlet-atlet olahraga peringkat kebangsaan.

 

Rudolf Dassler, abang Adi

Rudolf Dassler
Sumber : google image

Satu lagi faktor yg buatkan Dassler Brothers semakin popular di Jerman adalah affiliation syarikat ini dengan parti Nazi.

Melalui political connection ini, jenama mereka sering digunakan untuk aktiviti sukan yg di anjurkan oleh parti Nazi.

Ketika itu aktiviti sukan sangat popular sebagai escapism kepada rakyat yang terkesan daripada tekanan ekonomi meleset yg teruk akibat The Great Depression. Parti-parti politik menggunakan saluran sukan untuk meraih populariti parti.

 

Adi reka kasut, Rudolph buat pemasaran

Bisnes semakin berkembang. Sementara Adi lebih banyak terlibat dengan penghasilan dan rekaan kasut Dassler Brothers, Rudolph pula lebih banyak mainkan peranan dalam bidang pemasaran dan pentadbiran syarikat. Rudolph juga lebih aktif dalam parti Nazi berbanding Adi.

Keluarga Dassler ketika itu semakin kaya, dan tinggal di sebuah villa besar yang menempatkan kesemua ahli keluarga.

Bermula dari sini, setelah Adi dan Rudolph berkahwin, sengketa mula timbul ditambah pula dengan hubungan antara isteri-isteri mereka yang sering bertelagah.

 

Persengketaan bermula, ada pihak ketiga masuk campur urusan perniagaan & spekulasi belot.

Rudolph mengatakan isteri Adi iaitu Kathe sering mengacau urusan syarikat mereka. Kathe merupakan anak kepada guru Adi ketika dia melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan kasut di kolej.

Menjelang Perang Dunia 2, sebahagian dari kilang Dassler meghasilkan peralatan perang. Ini menyebabkan Adi terlepas daripada dipanggil untuk sertai tentera Jerman.

Rudolph menuduh Adi menggunakan connection politik untuk tidak dipanggil berkhidmat sebagai tentera.

Rudolf rasa dirinya dipanggil ke medan perang dengan harapan dia akan terkorban maka syarikat Dassler akan menjadi milik keluarga Adi.

 

Kilang terpaksa ditutup untuk…

Situasi perang semakin tegang untuk WW2, begitu juga hubungan adik beradik Dassler ini. Kilang mereka terpaksa ditutup bagi memberi laluan untuk menghasilkan peralatan perang.

Rudolph bercadang untuk mengambil kesemua material kulit untuk kegunaan masa hadapan tapi terkejut yang Adi dah buat dulu.

Rudolph kemudiannya berkhidmat sebagai askar Jerman. Selepas itu, dia mendapatkan surat pengesahan dari doktor untuk dilepaskan dari perkhidmatan tentera.

Rudolph kemudian pulang ke kampung halaman bagi menyaksikan upacara pengkebumian ayah mereka, Christoph.

Selepas upacara tersebut, Rudolph ditahan oleh Gestapo (polis rahsia Nazi) dan dipenjarakan atas tuduhan sengaja tidak mahu berkhidmat sebagai askar Jerman.

Tak lama selepas tu, apabila tentera Allies menyerang Jerman, Rudolph dilepaskan dan pulang ke kampung halaman kembali.

 

Kilang hampir diletupkan, Villa dirampas

Tentera Allies kemudiannya dengan tanker tiba di Herzogenaurach dan ingin meletupkan kilang Dassler, tapi Kathe segera menahan mereka, menyatakan ianya hanyalah kilang pembuatan kasut sukan. Tentera Allies tidak meletupkan dan merampas villa keluarga Dassler.

Tak lama selepas itu, tentera Allies melalui tentera Amerika Syarikat menahan kedua-dua Adi dan Rudolf serta menyiasat sejauh mana hubungan mereka dalam membantu tentera Nazi Jerman sebelum ini. Rudolf sekali lagi dipenjarakan atas tuduhan yg dia bekerja untuk Gestapo.

Manakala Adi didapati bersalah juga namun hukumannya ringan dan tidak melibatkan penjara. Namun begitu, kilang Dassler masih belum boleh menyambung operasi.

 

Ruddolf keluar dari Villa dan pindah ke seberang sungai, buka kilang baru

Tak lama selepas itu Rudolf dilepaskan dari penjara. Kedua-dua mereka cuba merayu untuk mendapatkan kilang mereka kembali dan memulakan operasi kembali. Rudolf dalam rayuannya mengatakan Adi menggunakan kilang tersebut utk hasilkan senjata ketika musim perang.

Namun begitu Adi berjaya dalam rayuannya dan mendapatkan kembali kilang Dassler. Selepas itu, Rudolf yaang merasakan dia perlu move on dan mulakan hidup baru, berpindah keluar dari villa Dassler ke seberang sungai dari lokasi villa Dassler tersebut.

Rudolf keluar dari villa Dassler bersama ibunya yang lebih rapat dengan isteri Rudolf. Manakala kakaknya terus tinggal dengan Adi. Segala harta-harta dibahagikan kepada dua bahagian. Di seberang sungai tersebut terdapat juga satu kilang lain yag kini dioperasi oleh Rudolf.

 

Mula berpecah, Adi maintain bisnes asal, Rudolf buat bisnes baru

Perpecahan ini juga melibatkan kesemua pekerja Dassler. Pekerja bahagian pemasaran dan pentadbiran semuanya mengikut jejak langkah Rudolf manakala selebihnya menyertai Adi.

2/3 daripada jumlah pekerja Adi merupakan juruteknik, pereka dan pembuat kasut, ini memberikan kelebihan kepada Adi dari pengeluaran kasut berbanding Rudolf dan pekerja2nya yg lebih hebat dalam pemasaran.

Bermula  dari situ Kathe dan kakaknya mula menyertai syarikat Adi dan terlibat dari segi pemasaran dan pentadbiran syarikat.

 

ADI DASsler = Adidas

Setelah berpisah dengan abangnya Rudolf, Adi cuba menghasilkan rekaan kasut yang dapat membezakan kasut tersebut dgn kasut keluaran abangnya.

Bermula dari situ, terhasilah ‘three stripes’ yang dilukis Adi kepada kasutnya. Maka terhasilah jenama Adidas, simbolik kepada nama Adi Dassler.

Kasutadi3
Sumber: twitter

 

RUdolf DAssler = Ruda = Puma

Rudolf turut memikirkan nama baru untuk syarikatnya. Dia taknak bunyi sama ‘das’ seperti adiknya, lalu dia menggunakan nama Ruda sebagai simbolik kepada RUdolf DAssler.

Tak lama selepas itu, dia bersetuju menukar kepada Puma sebagai strategi marketing untuk nampak lebih garang.

Kasutadi4
Sumber : twitter

Pekan Herzogenaurach terbahagi kepada dua kesan daripada perseteruan Adidas dan Puma. Kedua-dua syarikat besar ini menjadi sumber ekonomi pekan kecil ini.

 

Perang dingin

Ketegangan antara dua kelompok ini sangat besar hinggakan sesiapa yang ada kena mengena dengan salah satu jenama tersebut tidak boleh dating atau berkahwin dengan orang yang ada kena mengena dengan jenama lagi satu tu.

Kedua-dua syarikat bersaing kompetitif. Adidas yang mempunyai kelebihan dari segi teknikal dan hubungan baik dalam sukan olahraga, lebih berjaya dari segi jualan ketika itu. Sementara Puma yang hebat dari segi pemasaran berjaya menumpukan perhatian kepada sukan bolasepak.

 

Adidas hebat buat kasut, Puma hebat dalam pemasaran

Namun begitu, Adidas berjaya menembusi market bola sepak menjelang Piala Dunia 1954 apabila Rudolf dari Puma bertelagah dengan jurulatih pasukan kebangsaan Jerman yang kemudiannya menjadi juara edisi tersebut sekaligus melonjakkan nama Adidas dalam bolasepak.

Kasutadi5
Sumber : twitter

Kedua-dua jenama Adidas dan Puma terus bersaing dan memonopoli pemasaran dan pembuatan jenama sukan sehinggalah munculnya jenama lain memberikan saingan iaitu Nike.

Persengketaan antara adik-beradik Dassler ini menyebabkan terlahirnya dua syarikat sukan terpenting dalam sejarah dunia.

Tanpa persengketaan dan daya saing antara dua syarikat ini, belum tentu lagi kedua-dua syarikat boleh bertahan hingga ke hari ini.

 

Baca : “Tempat cantik tapi dah makan puluhan nyawa”- Lelaki Kongsi Sejarah ‘Misteri’ Gunung Berembun Tempat Nora Anne Ditemui

Noraanne

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.