in

Suka Hati Buang Aku – Sebab Ex Staff ‘Tepuk Tangan’ Dengan MMC. Gaji Bos RM5 Juta Setahun!

Gamuda Gaji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, kecoh di media sosial dan portal berita akan isu Kementerian Kewangan menamatkan kontrak MMC-Gamuda bagi kerja bawah tanah projek MRT2. Terpalit dalam isu ini ialah nasib 20,000 kakitangan syarikat tersebut yang mungkin akan kehilangan kerja.


Meskipun ramai pekerja yang risau, sedih serta mengutarakan bantahan kepada kerajaan PH akan apa yang berlaku, ada pulak sisi berbeza dalam isu ni yang melibatkan ex pekerja MMC-Gamuda yang dikatakan berdendam dengan bekas majikannya. 

 

Suka hati buang aku dengan colleagues tanpa pakej pemecatan

Menerusi perkongsian individu bernama Azizan di Twitter, dia telah menyatakan sebab kenapa dia berdendam dengan bekas majikannya tu. Katanya, mostly bos di situ gaji besar namun langsung tak fikir pasal pekerja di bawahnya.

Dendam
sumber: twitter

 

Gaji pengarah urusan dekat RM5 juta setahun! 

Sedih juga sebenarnya dengar kisah Azizan dan rakannya ni sebab MMC-Gamuda buang pekerja tanpa apa-apa pakej pemecatan dan lain-lain. Tapi netizen jadi lebih ‘berbulu’ bila tengok gaji pengarah urusan dan ahli Board of Directors yang boleh tahan mengancam!

Gaji pengarah urusan MMC dan Gamuda mencecah hingga RM5.5 juta setahun dengan purata gaji RM15,000 sehari. Manakala seluruh ahli lembaga pengarah MMC dan Gamuda pulak mendapat gaji around RM8 juta ke RM16 juta setahun. Wow!

Gaji
sumber: twitter
1
sumber: twitter
2 1
sumber: twitter

 

“Aku tak kata kes rasuah tapi janggal gaji BOD tinggi giler… tapi buat kempen media sosial nak bela pekerja” 

Rata-rata netizen yang membaca tweet ni terpanggil untuk memberi pandangan masing-masing. Ada yang setuju perkara macam ni dedahkan kepada umum tapi ada jugak yang rasa benda ni macam breach of privacy!

Gajis
sumber: twitter

Apa-apapun diharapkan isu pekerja MMC-Gamuda mendapat keadilan yang sewajarnya daripada pihak yang terlibat. Kasihan juga bila fikirkan nasib pekerja yang tiada gaji dan job kalau diberhentikan secara tiba-tiba. 

Nota: Gambar atas kiri sekadar hiasan

Baca: Ini Respon Tony Pua Buat 20,000 Staff Gamuda & Pemuda Yang Buat Surat Terbuka Untuk Tun M

Tony

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.