in

“Sudah lah krii… sumbang tunggang langgang!” – [Video] Aliff Syukri Nak Keluar Lagu Raya Lagi, Ini Respon Bonda Rozita…

Fi Alif 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pejam celik, dah seminggu umat islam berpuasa. Tak sangka kan kejap je 


Walaupun seminggu, mesti ramai dah yang sibuk nak cari barang kelengkapan untuk sambut Aidilfitri nanti. Mana tidaknya, lambat nanti jadi kelam kabut betul tak?

Namun, lain pula cara yang ditunjukkan oleh usahwan kosmetik terkenal Dato’ Aliff Syukri, yang ketika ini sudah berniat untuk merakam lagu sempena hari lebaran yang akan datang.

 

“Patut tak saya keluarkan lagu raya?”

Menerusi posting terbarunya di Instagram, dia menanyakan kepada netizen sama ada mahu untuk dia mengeluarkan lagu raya pada tahun ini ataupun tidak.

Selain itu, dia turut ‘belanja’ sedikit kepada pengikutnya potongan lirik untuk lagu barunya itu.

Disamping, dia turut menyatakan bahawa lagunya itu akan memberikan kegembiraan kepada pendengar lagi-lagi yang terkesan dengan musim pandemik ini.

“Lagu ini bakal memberi halwa telinga dan juga kegembiraan di musim PKP ini,” – katanya

 

“Benci Mak tengok ko nyanyi”

Walau bagaimanapun, niatnya itu ditentang keras oleh ibunya Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda Rozita.

Ibunya yang turut komen pada postingnya itu telah menarik perhatian ramai dengan memberi pendapatnya yang jujur.

Bonda Rozita menyatakan bahawa dia benci melihat anaknya menyanyi sebab ‘sumbang dan tunggang langgang’.

Akan tetapi, dia bersyukur yang anaknya itu tidak berkolaborasi dengan ‘wanita jadian’ untuk lagu itu.

Alif 1

 

“Mak pon dah benci, kalau orang lain?”

Melihat ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan komen ibunya itu. Selain ramai yang menyokong kata-kata Bonda Rozita kerana menyifatkan itu pandangan jujur dari seorang yang bernama ibu.

Reak Alif 1 Edit 1

Reak Alif 2 Edit 1

Reak Alif 3 Edit 1

Min yakin mesti ramai yang tak sabar juga kan! Bawak bertenang pemuda harapan bangsa sekalian.

Sumber : Instagram

 

Baca : “Saya rasa dah tiba masanya untuk saya berubah jadi lebih matang” – Netizen Puji Hasrat Alif Syukri Sempena Birthday Ke-34

Foot Aliff

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.