in

“Saya rasa dah tiba masanya untuk saya berubah jadi lebih matang”- Netizen Puji ‘Hasrat’ Alif Syukri Sempena Birthday Ke-34

Fi Alif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini selalu saja kita dengar kontroversi yang membabitkan usahawan terkenal, Dato Aliff Syukri. Namun dari masa ke semasa, cerita yang melibatkan dirinya makin kurang didengari.


Terbaru Dato Aliff menyambut hari kelahirannya yang ke-34 dan dia telah berkongsikan momen itu di akaun Instagramnya.

 

Dah tiba masa untuk jadi lebih matang.

Menerusi sebuah posting video di laman Instagram, pengasas produk D’herbs Terlajak Laris itu meluahkan rasa syukurnya dan turut mengakui yang dirinya dah semakin tua.

Dia juga berkata mahu lebih fokus mengumpul pahala sebanyak mungkin sebagai bekalan di akhirat kelak.

Perkongsiannya itu sehingga kini telah meraih lebih daripada 300k views.

“Maklumlah orang tersayang Abah saya tak ada lagi di sisi, kulit muka pula dah berkedut dan anak semakin membesar. Saya rasa dah tiba masanya untuk saya berubah menjadi lebih matang lagi.
“Syukur alhamdulilah kehidupan saya kali ini lebih baik dari sebelum ini. Apa yang saya harapkan bukan kekayaan dunia tetapi kekayaan yang berkekalan sehingga ke syurga.
“Saya nak kumpul banyak pahala, saya nak berkumpul dengan anak saya, nak berkumpul family saya dan itulah kebahagian yang kekal abadi,” – katanya

Rakaman video tersebut turut memaparkan dia menerima kejutan daripada ahli keluarga dan stafnya di sebuah taman tema air popular.

Selain itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pengikutnya yang mendoakan kesejahteraannya.

 

“Bangga tengok Dato sekarang”

Rata-rata netizen seronok melihat perkembangan Dato Aliff selain memberikan ucapan hari lahir buatnya juga.

Reak Alif 1 Edit

Reak Alif 3 Edit

Reak Alif 2 Edit

Apa-apa pun, kita doakan supaya Dato Aliff sentiasa sihat sejahtera.

 

Baca : “Sebagai sahabat saya tak mahu Nur Sajat murtad” ; Aliff Syukri Minta Sajat Serah Diri

Foot Alif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.