in

“SubhanAllah, macam mana boleh tahan lama macam ni?” – Lelaki Jumpa Surah Al Fatihah Ditulis Atas Batu 1312 Tahun Yang Lalu

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, sebelum Al Quran dikumpul dan dijilidkan dalam bentuk kitab yang kita baca sekarang, surah-surah di dalamnya sebelum ini ditulis di atas batu, daun, kulit haiwan dan sebagainya.


Baru-baru ini, seorang netizen ada kongsikan video yang dimuat naik di TikTok di mana seorang lelaki menemui surah Al Fatihah yang ditulis di atas batu. Apa yang menariknya, surah ini ditulis pada 1312 tahun yang lalu.

Dalam video ni, korang boleh tengok sendiri lelaki tu baca satu-satu ayat yang ditulis di atas batu tersebut dan tulisannya pula masih jelas di baca.

https://twitter.com/Taqi_Ra3/status/1297700834436878340

Di bawah surah Al Fatihah ini pula, lelaki tersebut ada bacakan dalam bahasa arab nama penulis dan tahun surah ini ditulis. Dekat bawah ni adalah terjemahannya:

Ditulis oleh Yazid Ibn Abdullah pada bulan Rejab 130H. Moga Allah merahmati orang yang membaca surah ni dan menghancurkan orang yang mengubahnya.”

Rata-rata netizen kagum dengan penemuan ini, lebih-lebih lagi bila batu tersebut kelihatan masih gah dan cantik walaupun dah berusia ribuan tahun.

Screenshot 2020 08 25 At 3.16.57 Pm Down

 

Baca: Sinead O’Connor Akui Beliau Temui Sinar Islam Selepas Baca Surah Al-Baqarah

Screenshot 2020 08 25 At 3.22.56 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.