Semalam, viral di media sosial tentang perkongsian daripada bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri apabila caption dalam salah satu posting terbarunya itu telah mengundang kemarahan warganet.
Dalam posting menerusi Instagram miliknya, Maria yang begitu aktif dalam berkongsikan resipi-resipi masakannya itu ada buat menu Siakap 3 Rasa, tetapi nama resepi itu mengundang rasa kurang senang netizen
IKAN SIAKAP 3 RASA MATI TERTEMBAK DI SEMPADAN MSIA -THAI
Netizen jadi berang kerana Maria didakwa cuba kaitkan dengan isu semasa yang melibatkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.
Dalam posting tersebut, Maria menzahirkan rasa simpatinya terhadap insiden itu, namun apa yang mengundang rasa bengang warganet apabila dia menamakan resepi Siakap 3 Rasa itu dengan insiden tersebut.
Dianggap tidak sensitif, tweet kecaman itu meraih 1.4K jumlah retweets dalam masa 20 jam ia dikongsikan.
Sedap mulut kau je – Netizen
Namun begitu, caption itu dikatakan telah diubah semula.
https://www.instagram.com/p/CIAI1mzDJeJ/
Mungkin ini cara pendekatan Maria untuk menyampaikan rasa simpatinya terhadap apa yang menimpa kepada mangsa dan ia mungkin disalah tafsirkan. Kalau diperhatikan pun, dalam video itu caranya begitu santai.
Baca : Sebenarnya Ada Banyak Tempat Menarik Sekitar Pasar Seni Yang Korang Boleh Explore! Jom Baca!