in

Suami Pindah Isteri 11 Tahun Dalam Hutan!

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingat lagi tak dengan peraih getah berusia 41 tahun yang berkahwin dengan gadis 11 tahun tu? Sebelum ni dia mengatakan bahawa orang kampung yang dah mengetahui kisah sebenar tidak memandang sinis langsung kepada mereka. Tapi sekarang lain pulak…


Menurut Harian Metro, sebab tak tahan terus kena hina dan dipinggirkan masyarakat setempat, Che Abdul Karim Che Hamid terpaksa memindahkan isteri mudanya itu di kawasan kebun getah di Gua Musang.

Gelisia 1 758X398 1
sumber: utusan

Dia berkata, isterinya dan ibu bapa mertuanya telah ditempatkan di sebuah rumah di kawasan pedalaman itu minggu lalu.

“Selepas perkahwinan kami tular, isteri saya bukan sahaja diejek dengan pelbagai panggilan oleh penduduk kampung, malah ada yang sanggup mengambil gambarnya sebelum menyebarkan kepada individu lain melalui aplikasi WhatsApp.”

Capture 2
sumber: blog

Oleh sebab tak tahan diperlakukan macam tu oleh orang ramai, dia membuat keputusan untuk memindahkan mereka ke kebun getah yang terletak di kawasan pedalaman. Selain itu, dia berharap agar selepas ini tiada lagi gangguan daripada masyarakat terhadap isteri dan keluarganya.

“Tempat tinggal mereka kini agak jauh di dalam hutan dan hampir setiap hari saya terpaksa berulang-alik untuk menghantar bekalan makanan serta perbelanjaan harian kepadanya.

“Biarkan terpaksa memandu berjam lamanya, pada saya kegembiraan dan keselamatan isteri dan keluarganya adalah yang utama buat masa ini.”

Capture1
sumber: blog

Sebelum ini, pernah dilaporkan bahawa isteri mudanya, Ayu, enggan untuk ke sekolah pondok. Namun, Che Abdul Karim berkata dia akan terus memujuk isterinya itu.

“Saya tidak akan putus asa dan akan terus berdoa supaya satu hari nanti dibukakan pintu hatinya untuk belajar di sekolah pondok memandangkan dia tidak berminat meneruskan pelajaran dalam bidang akademik.”

Kesiannya kena duduk dekat dalam hutan la pulak…

Baca: Abe Bawa Ayu Pergi Honeymoon!

Gelisia 1 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.