in

Suami Pengasas Dnars Nafi Ambil & Sembunyikan Wang Tunai Sebanyak RM1.3 Juta

suami pengasas jenama kecantikan Dnars

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kemelut keluarga Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu pengasas jenama kecantikan Dnars masih lagi belum berakhir apabila suami pengasas tersebut, Ahmad Shah Rizal Ibrahim tampil menafikan dakwaan dan tuduhan bahawa dia mengambil dan menyembunyikan wang tunai sebanyak RM1.3 juta.

Ahmad Shah Rizal telah meafikan dakwaan tersebut dalam satu sidang media baru-baru ini.


Menurut Sinar Harian, suami kepada Allahyarham pengasas Dnars itu mengatakan bahawa wang tunai tersebut merupakan hasil usahanya bersama arwah isterinya itu semasa hayat.

Wang tersebut pula telah diambil olehnya daripada peti besi dengan disaksikan oleh seorang wakil keluarga.

ahmad shah rizal

Artikel Berkaitan: Ambil Wang Tunai Dalam Peti Besi, Mahkamah Perintah Suami Pengasas Dnars Pulangkan RM 1.3 Juta Milik Isteri

Artikel berkaitan: “Kalau adik ore mati, ore g pancung belako” –  Anak Lelaki Pengasas Dnars Didakwa Ugut Bapa Tiri di Whatsapp

Difahamkan, wang sebanyak lebih sejuta Ringgit itu telah disimpan di dalam akaun bank Ahmad Shah Rizal untuk tujuan keselamatan secara sementara.

Menurutnya lagi, ketika itu, tiada ahli keluarga yang membantah tindakannya itu dan dia turut mendakwa bahawa semua ahli keluarga juga bersetuju duit berkeaan berada dalam jagaannya sehingga selesai prosedur pembahagian harta pusaka nanti.

ahmad shah rizal 1

Difahamkan lagi, dengan perintah mahkamah, suami pengasas Dnars itu bersama seorang anak arwah, Mohamed Aqbar Hakim Jasman telah dilantik menjadi pentadbir pusaka Allahyarham.

Menurutnya, wang itu selamat berada di dalam simpanannya dan peranannya sebagai pentadbir pusaka arwah seperti yang diperintahkan oleh mahkamah sejam 2021 telah dijalankannya.

Namun, Ahmad Shah Rizal difahamkan telah memindahkan wang berkenaan ke dalam akaun pentadbir pusaka sebagai menghormati keputusan mahkamah.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.