in

“Kalau adik ore mati, ore g pancung belako” – Anak Lelaki Pengasas Dnars Didakwa Ugut Bapa Tiri di Whatsapp

Featured Dnars

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars, Faziani Rohban Ahmad didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengugut bapa tirinya, lapor Harian Metro.


Mohamed Iqbar Hakim Jasman, 20, dilaporkan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Mageswary. Iqbar didakwa telah menakutkan Ahmad Rizal Ibrahim, 43, dengan ugutan mahu menyebabkan kematian melalui mesej di Whatsapp yang berbunyi,

Papa igt deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako.”

L

Faziani

Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika di pusat beli belah di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 8.45 malam bertarikh 15 Jun lepas. Pertuduhan itu mengikut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Azahan juga dilaporkan tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.

Namun, Iqbar yang diwakili peguam Muhammad Nor Izzat Nordin memohon jaminan dibenarkan antara RM2,000 hingga RM3,000 untuk memastikan anak guamnya ke mahkamah serta tiada risiko untuknya melarikan diri.

“Anak guam saya merupakan pengarah bagi tiga buah syarikat dan urusan perniagaan ini adalah bersama pengadu yang merupakan bapa tirinya.”

 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu Iqbar dilarang mengganggu bapa tirinya sehingga kes selesai. Sebutan kes ditetapkan pada 7 Ogos bagi serahan dokumen.

Iqbar juga melalui Instagram story sempat memuat naik status yang dipercayai berkaitan isu ugut bapa tirinya ini.

Semua berhikmah dan bersebab. May Allah bless us.”

Melalui Instagram posting juga, Iqbar berkata dia akan hadapi cabaran ini dan yakin bahawa ramai sentiasa menyokongnya dari belakang terutamanya ahli keluarga arwah ibunya dan sahabat Dnars.

Baca: “Apa salah dia weyh” – Wartawan Terima ‘Ugutan Bunuh’ Lepas Share Gambar Makan Ice Cream Di Media Sosial

Featured Image 5 3

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.