in

Suami Pelakon, Nadia Kesuma Rayu Kerajaan Malaysia Bantu Cari Isteri Hilang

kehilangan nadia kesuma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Malaysia dimohon untuk menggerakkan usaha diplomatik untuk berhubung dengan kerajaan negara Arab Saudi agar proses pencarian pelakon, Nadia Kesuma yang dilaporkan gagal dikesan keberadaanya selepas tiba di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz di Jeddah beberapa hari lalu.

Menurut Buletin TV3, suami pelakon tersebut iaitu Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah merayau kerajaan Malaysia untuk membantu mempercepatkan proses mencari isterinya yang hilang di lapangan terbang tersebut.


Suami Nadia berpendapat bahawa keberadaan isterinya yang setakat ini masih belum dapat dikesan memerlukan tindakan segera.

Screenshot 2026 01 17 at 10.48.40 AM

Artikel Berkaitan: Masih Gagal Dihubungi, Ahli Keluarga Nadia Kesuma Buat Laporan Polis

Artikel berkaitan: “Beliau tidak menaiki penerbangan yang dijadualkan” – Agensi Umrah Sahkan Pencarian Nadia Kesuma Diteruskan Di Jeddah

Menurut suami pelakon itu, jika menteri atau kerajaan campur tangan untuk mengerakkan usaha diplomatik untuk mencari isterinya, ia adalah jauh lebih baik dan tindakan boleh dilakukan dengan lebih cepat.

Mungkin apa yang saya cakap ini (sebagai rakyat biasa) ambil masa dua ke tiga hari (prosesnya) tetapi kalau Menteri yang buat keputusan dengan buat panggilan dan hubungi rakan sejawatnya (di Arab Saudi) mungkin ia hanya ambil masa dua ke tiga minit saja, “ ujarnya ketika ditemui oleh media.

Buat masa ini, Muhammad Kamarul mengatakan dia sentiasa bersedia untuk terbang ke Jeddah pada bila-bila masa sahaja.

Menurut suami Nadia itu lagi, isterinya itu memang suka melancong dan dia akan sentiasa memberitahu kepada anak-anak atau suami mengenai pergerakannya apabila tiba di sesebuah negara itu.

Ini juga bukanlah kali pertama Nadia Kesuma ke luar negara kerana pada tahun lalu juga, Nadia bersama rakan-rakannya telah menunaikan umrah bersama.

Dalam masa yang sama, menurut rakan Nadia iaitu Anne Ngasri yang juga pelakon dan Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (TGAS), bagasi tangan mangsa telah ditemui di lapangan terbang Jeddah itu namun keberadaannya masih belum diketahui setakat ini, lapor Berita Harian.

Difahamkan, bagasi tangan itu sepatutnya dibawa oleh Nadia sebagai ‘hand carry’ ketika transit sebelum menaiki penerbangan ke London.

Selain itu, laporan kehilangan pelakon ini juga dirujuk kepada Konsulat Malaysia di Arab Saudi, lapor Malaysia Kini.

Sama-sama kita doakan keselamatan Nadia Kesuma dan semoga pelakon ini ditemui dalam masa yang terdekat dalam keadaan selamat. 

Sumber: Buletin TV3, Malaysia Kini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.