Satu kejadian menyayat hati telah pun berlaku semalam di Brinchang, Cameron Highlands yang melibatkan sepasang suami isteri maut akibat terkena renjatan elektrik di bilik air.
Menurut laporan, ketika pihak polis tiba di lokasi kejadian kedua-dua mangsa sudahpun ditemui terbaring di bilik air di tingkat dua, rumah jenis pangsapuri lima tingkat di Taman Puncak Tringkap.
Ketika siasatan awal dibuat, pihak polis telah menemui kesan terbakar di tapak tangan isteri yang dipercayai terkena arus elektrik ketika cuba membantu suaminya yang sedang mandi menggunakan pemanas air.
Anak perempuan mangsa yang berumur 10 tahun yang merupakan saksi kejadian telah menceritakan bahawa ketika kejadian berlaku, ibunya sebelum itu meminta pertolongannya dari bilik air untuk mengambil kayu yang dipercayai digunakan sebagai penebat arus elektrik. Namun, ibunya juga maut selepas tidak dapat membantu ayahnya yang terkena renjatan terlebih dahulu.
Tips nak pastikan pemanas air selamat digunakan
Berita ini telah pun mendapat perhatian orang ramai di media sosial. Kebanyakan mereka menasihati satu sama lain agar sentiasa berhati-hati ketika menggunakan pemanas air di rumah.
Ada juga yang menyarankan agar orang ramai untuk sentiasa memastikan pemanas air di rumah masing-masing diselenggara dengan berkala.

Di samping itu, ada juga yang turut berkongsikan video bagaimana untuk memastikan bahawa pemanas air di bilik air rumah selamat untuk digunakan.
Jadi, korang yang ada water heater kat rumah tu boleh lah try tips yang dikongsikan ni!
Baca: “Demi buah hati!”- [VIDEO] Lelaki Bijak Guna Water Heater Iron Tudung Isteri

