Semenjak dua menjak ini, kecoh di media sosial isu beberapa rakyat Malaysia telah dihalang dari memasuki negara Korea. Dengar ceritanya, imigresen di Korea sekarang ni agak strict dengan pelancong dari Malaysia. Laa apa sebabnya??
Salah satu sebabnya admin rasa kerana banyak di kalangan rakyat Malaysia kini terjebak dengan sindiket kerja secara haram di Korea!
Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita telah meluahkan masalahnya ditipu pasangan Malaysia yang janjikan pekerjaan dan gaji yang lumayan di Korea. Hah pulak!
“Pasangan ini sering mencari orang untuk mengikut mereka bekerja di Korea dengan ayat ‘hanya mahu tolong bos cari pekerja'”
Menurut mangsa, dia mengingatkan netizen di luar sana supaya jangan tertipu dengan sepasang suami isteri yang katanya sedang giat menipu mereka yang ingin bekerja di Korea.
Caranya mudah je, mereka sering jual ayat konon nak tolong bos cari pekerja dan menabur janji macam:
- dapat tempat tinggal free
- transport ke tempat kerja percuma
- makan ditanggung majikan
Namun realitinya, sebaik saja mangsa di sana, mereka terpaksa membayar kesemua perbelanjaan dan lebih menyedihkan, duit gaji mereka juga telah ditipu! Nah baca cerita penuh kat bawah…
Ingatkan dapat simpati tapi kena kecam netizen?
Kisah ini kemudian dikongsikan ke grup Backpackers Buddies Malaysia yang seterusnya menjadi perbincangan hangat ahli-ahli di sana.
Menurut netizen, tindakan orang sebegini yang mencari pekerjaan secara haram di Korea ni telah menyusahkan pelancong yang betul-betul ingin bercuti di negara tersebut. Malah hal yang sama inilah juga berlaku di Australia sampaikan pelancong kita dah serik nak ke negara tersebut sebab asyik dihantar pulang. Ish, ish, ish…
“Padan muka kena scam, nak sangat kerja haram!”
Tak cukup dengan tu, ada juga mengecam golongan ini sangat pelik kerana pekerjaan yang sama ada saja di Malaysia tapi mereka malas nak lakukannya. Tapi bila di Korea, sanggup pulak bahayakan diri untuk kerja di sana. Min rasa sebab faktor gaji kot…
Diharapkan dengan pendedahan ni, tak ramai lah yang ambil keputusan untuk bekerja di Korea secara haram lagi. Kalau ye pun nak kerja sana, carilah saluran yang betul. Kalau dah banyak sangat kes macam ni, kesian la kat traveler lain nak bercuti tapi dihalang sebab ingat sindiket kerja haram.
Take note ye gais!