in

“Adakah logik soalannya” – Gara-gara Tak Tahu Bas Nombor Berapa Ke Nami Island, Pelancong Malaysia Ke Korea Dihantar Pulang?

Imigresen Antar Pulang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu kecoh di media sosial kebanyakan pelancong yang ingin ke Australia telah dihantar pulang atas sebab-sebab yang tak munasabah, kali ini kes yang sama berlaku di Korea pulak.


Menerusi perkongsian Pudin Bge yang dikongsikan semula di Twitter oleh Pemburu Tiket Murah, rakyat Malaysia ni kena denied entry ke Korea hanya gara-gara tak tahu nombor bas yang kena naik ke Nami Island. Uish macam ni pun boleh jadi sebab ke? 

 

“Terima kasih Korea. Dah sampai Incheon, tapi imigresen halau balik Malaysia” 

Menurut Pudin, ketika mendarat di Incheon, dia dan rakannya telah ditahan dan dihalau pulang ke Malaysia semula sebab tak boleh jawab satu soalan.

Soalannya berkaitan bas nombor berapa mereka akan ambil untuk ke Nami Island esok pagi dan naik bas apa pula untuk pulang ke hotel. Uish pening jugak ni kalau jenis gamble ke sana tak rancang apa-apa. 

Rakyat 1

sumber: twitter

 

“You have to do research. Nak pergi negara mana pun…” 

Posting ini telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang berpendapat betapa pentingnya untuk seorang pelancong tu buat research sebelum ke mana-mana negara luar. Walaupun hal tu sekecil-kecil nombor bas! 

Tapi disebabkan hal ini ramai pulak yang kecut perut sebab imigresen di Korea nampak macam ketat sangat! Yang tak boleh tahannya, ada yang kena hantar balik gara-gara ditanya kenapa ambik airlines Air Asia kalau banyak duit. Pulakkk… acaner?

Pengalaman
sumber: twitter

 

“Silapnya di sini, semua return tiket dan itinerari ada dalam phone” 

Setelah posting ini mendapat pelbagai soalan, Pudin akhirnya menjelaskan lebih lanjut mengapa dia dan rakan telah dihantar pulang ke Malaysia semula dari Korea.

Menurutnya, salah paling utama ialah bila dia tak sediakan dokumen lengkap (print semua dokumen termasuk tiket pulang dan itinerari) dan tunjuk kepada officer sana. Lagi satu, jangan lupa berpakaian kemas dan jangan bagi mereka nampak kita dalam keadaan selekeh. Oh kena nampak stylo lah ni?? 

Entry 1

Ejlzmr1Vuaazlhd
sumber: twitter

Apa-apapun rata-rata netizen beranggapan bro ni mungkin tak ada rezeki lah nak Korea kali ini. Kepada mereka yang bakal ke negara ‘oppa saranghae’ korang tu tak lama lagi, pastikan print dan sediakan semua dokumen penting untuk tatapan imigresen. Yang penting, pakai baju bergaya sikit supaya mereka tak adalah ingat kita ke sana untuk mengemis.

Goodluck melepasi imigresen Korea! 

Baca: “Lain kali gantung duit kat leher” – 6 Sekawan Terkejut Ditahan ‘Makcik Immigration’, Tak Dapat Bercuti Ke Australia Sebab…

Aussie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.