in

“So, boleh bertukar tak?” – Pensyarah Belanja Hampir RM40k Beli Tali Pinggang Kamen Rider!

Ft Kamen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat dinafikan lelaki dan hobi tak dapat dipisahkan. Kadang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk koleksi mereka. Hobi ini pelbagai, ada yang suka ubah suai kereta dan motor, dan ada yang suka kumpul koleksi barang.


Seperti laki ini, dia juga mempunyai hobi tapi sedikit unik sehingga dia sanggup menghabiskan berpuluh ribu demi rancangan televisyen popular di zaman kanak-kanaknya dahulu.

Siapa budak 80-an dengan 90-an mesti boleh relate.

Beli Masa Silam.”

 

Pensyarah, suka Kamen Rider

Kamen1

Tak seperti pengumbul merchandise Kamen Rider yang lain yang lebih cenderung untuk mengumpul koleksi kostum dan figura, lelaki yang juga pensyarah ini lebih gemar mengumpul tali pinggang adiwira popular Jepun itu.

Bapa kepada tiga orang anak berkenaan dikatakan sanggup membeli tali pinggang berharga sehingga RM5,000 semata-mata untuk memenuhi impian dan mahu melihatnya berada di antara koleksi kesayangan.

“Muhamad Asyraf sudah ada 57 koleksi tali pinggang Kamen Rider Edisi 2000 hingga 2020 yang bernilai hampir RM40,000.

Selain koleksi Kamen Rider, Power Rangers dan Digimon turut dikumpul. Tetapi tidak banyak seperti koleksi Kamen Rider.

Kira-kira, kesemua koleksi yang dikumpul bernilai RM55,000″

Kamen

Setakat ini, 3 almari digunakan untuk menyimpan keseluruhan koleksi.

Katanya kepada Harian Metro, dia sudah minat Kamen Rider sejak berusia 7 tahun lagi. Namun hanya mula mengumpul semasa masuk sekolah menengah dan sehingga kini. Jelasnya lagi, kebanyakan koleksi ditempah terus dari Jepun apabila sudah bekerja.

Dia juga sempat berterima kasih kepada isterinya kerana memberi sokongan dan melayan sahaja minatnya itu walaupun usianya sudah 31 tahun.

HENSHIN! 

 

Baca : Hobi Pelik! Warga Emas Dari Jelebu Ini Kumpul Sampah Di Rumah Sampai 4 Tan

Kamen3

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.